awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom di Nigeria korbankan 27 gembala

Bernama
Bernama
26/01/2023
04:38 MYT
Letupan bom di Nigeria korbankan 27 gembala
Gabenor Nasarawa Abdullahi Sule yang mengulas mengenai letupan itu berikrar untuk memastikan mereka terlibat ditahan dan didakwa.- Gambar hiasan
KANO: Sekumpulan 27 pengembala Fulani terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sebutir bom meletup di kampung Rukubi di sempadan antara negeri Nasarawa dan Benue di tengah Nigeria pada Rabu.
Jurucakap polis negeri Nasarawa, Ramhan Nansel berkata polis tempatan kini bekerjasama dengan agensi keselamatan lain dan kerajaan negeri untuk menyiasat kejadian itu dan menahan mereka yang terlibat.
"Malang sekali kejadian sebegitu berlaku. Dua puluh tujuh pengembala terbunuh selepas sebutir bom meletup di Kawasan Kerajaan Tempatan Doma. Polis dan agensi keselamatan lain bekerja sepanjang masa menyiasat punca yang membawa kepada serangan serta mengesan mereka yang terlibat," kata Nansel lapor Agensi Anadolu.
Gabenor Nasarawa Abdullahi Sule yang mengulas mengenai letupan itu berikrar untuk memastikan mereka terlibat ditahan dan didakwa.
Beliau yang menggesa penduduk Fulani di seluruh negeri supaya bertenang berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Negeri Benue untuk mencari penyelesaian berkekalan bagi menangani serangan ke atas penduduk di sepanjang sempadan Nasarawa-Benue.
Sule berkata pasukan keselamatan telah dikerahkan untuk menyekat sebarang pelanggaran undang-undang dan ketenteraman di kawasan itu.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya bersimpati dengan rakyat Fulani di seluruh negeri atas pembunuhan rakyat mereka oleh pengebom yang tidak dikenali. Saya memberi jaminan kepada mereka tentang komitmen kerajaan negeri untuk mencari pelaku perbuatan sedemikian supaya mereka dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#Nigeria
#pengembala maut
#bom meletup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan