HASHTAG #StopIslam kini trending di media sosial susulan debat di kalangan netizen di seluruh dunia dengan segelintir pihak yang melibatkan agama dalam serangan ganas Brussels di Belgium.
Hashtag yang dianggap berbau rasis ini dilancarkan beberapa jam selepas insiden letupan di Brussels, semalam.
Hashtag #StopIslam dipercayai dilancarkan oleh pihak yang mengaitkan ajaran Islam dengan peristiwa keganasan yang berlaku seperti di Brussels dan Paris.
Walaupun ia dilancarkan untuk menyebarkan kebencian serta menghasut pihak lain, hashtag #StopIslam itu kini trending di media sosial untuk satu tujuan yang baik.
Hal ini kerana, beribu-ribu netizen di seluruh dunia menyelar tindakan Islamophobia itu serta mempertahankan umat Islam menerusi hashtag tersebut.
Bukan sahaja yang beragama Islam, tetapi pengguna media sosial yang bukan beragama Islam juga mengutuk tindakan rasis itu dan mengatakan, pengganas tidak mengenal agama dan bangsa.
Tambah mereka, tidak ada mana-mana agama yang mengajar pengikutnya untuk melakukan keganasan terhadap orang lain.
“Terrorism has no religion”, itulah kenyataan yang ditujukan oleh netizen.
Malah, mereka turut berkongsi keratan kalimah Al-Quran dan ajaran agama Islam di media sosial bagi mendidik mereka yang membuat tuduhan melulu mengaitkan agama Islam sebagai punca keganasan.
Netizen juga mempersoal kewajaran sesetengah pihak yang boleh menjadikan hashtag #StopIslam sebagai satu trend di media sosial.
BACA: Letupan Brussels: Euro 2016 dibatalkan?
FOTO: Letupan di lapangan terbang Brussels dan metro ragut nyawa
Pada 22 Mac lalu, satu kejadian letupan berlaku di Lapangan Terbang Brussels, Belgium dan stesen metro.
Serangan ini mengorbankan 34 nyawa dan puluhan orang cedera.
Kohilah Sekaran
Wed Mar 23 2016
Serangan di Brussels, Belgium itu berlaku di Lapangan Terbang Brussels, Belgium dan stesen metro pada 22 Mac. - Gambar AFP
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Letupan Brussels: Netizen seluruh dunia kecam hashtag #StopIslam
Hashtag #StopIslam kini trending di media sosial susulan rata-rata netizen di seluruh dunia berdebat dengan segelintir pihak yang melibatkan agama dalam serangan ganas Brussels.