awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kuat berlaku di gudang di Tashkent, Uzbekistan

Bernama
Bernama
28/09/2023
02:00 MYT
Letupan kuat berlaku di gudang di Tashkent, Uzbekistan
Berita palsu tersebar di media sosial bahawa kejadian di daerah Sergeli disebabkan nahas pesawat. Ia kemudiannya disahkan sebagai tidak benar oleh pihak berkuasa. - Foto media sosial
TASHKENT: Satu letupan kuat berlaku di sebuah gudang di ibu negara Uzbekistan, Tashkent dan mencetuskan kebakaran, lapor Sputnik, memetik Kementerian Kecemasan Uzbekistan pada Khamis.
"Hari ini, 28 September, pukul 2.43 pagi (waktu tempatan, 21:43 GMT pada Rabu), unit Kementerian Kecemasan yang bertugas menerima laporan letupan dan kebakaran berlaku di sebuah gudang yang terletak di wilayah kompleks 'Stroitel' di daerah Sergeli di bandar Tashkent," kata kementerian itu di Telegram.
Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan 16 jentera bomba telah dihantar ke lokasi kejadian.
Kementerian itu menafikan laporan bahawa nahas pesawat didakwa menyebabkan letupan berkenaan.
"Berita palsu tersebar di beberapa media sosial bahawa kejadian di daerah Sergeli disebabkan nahas pesawat. Maklumat ini tidak benar...," kata kementerian itu dalam satu hantaran lain.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata terdapat kemalangan jiwa dalam kejadian itu, sambil menambah mereka yang cedera dibawa ke hospital.
"Mereka yang cedera akibat kebakaran telah dibawa ke pusat perubatan di wilayah Tashkent," kata kementerian itu di Telegram.
Kementerian menambah bahawa mereka yang dirawat di pusat itu tidak mengalami kecederaan serius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#gudang
#Uzbekistan
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan