awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[TERKINI] Politik Perlis: Speaker tarik balik pemakluman keperluan PRK, tiga DUN kekal kosong
Palestin usaha dapatkan bantuan antarabangsa untuk hapuskan bahan letupan di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Arab kecam tindakan pelampau Israel serbu Al-Aqsa

Bernama
Bernama
30/05/2022
05:48 MYT
Liga Arab kecam tindakan pelampau Israel serbu Al-Aqsa
Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan pelampau Israel menyerbu perkarangan Al-Aqsa semasa 'Perarakan Bendera' adalah tindakan tidak bertanggungjawab. (Foto AP)
KAHERAH: Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan mereka merupakan pencabulan baharu terhadap status quo, dan mewakili provokasi besar kepada perasaan negara Arab dan Islam, yang boleh mencetuskan ketegangan di kota Baitulmaqdis dan kawasan lain.
Beliau berkata tindakan menyerbu perkarangan Al-Aqsa semasa "Perarakan Bendera" adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang khususnya bertujuan merealisasikan matlamat kumpulan pelampau yang berusaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi dan mengenakan sekatan ke atas jemaah di kawasan Haram Al Sharif itu.
Beliau menggesa kuasa-kuasa yang berpengaruh di seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan provokasi itu yang mendorong ke arah konfrontasi agama dengan akibat yang tidak dapat dibayangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Arab
#Masjid Al-Aqsa
#Perarakan Bendera
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan