awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Muslim Sedunia kecam keputusan Israel luaskan petempatan di Golan

Bernama
Bernama
16/12/2024
13:35 MYT
Liga Muslim Sedunia kecam keputusan Israel luaskan petempatan di Golan
Pada Ahad, rejim Israel mengumumkan rancangan untuk menggandakan populasi di Bukit Golan, dengan alasan ancaman dari Syria. - Reuters
TEHRAN: Liga Muslim Sedunia (MWL) mengutuk keputusan rejim Zionis untuk memperluaskan petempatan di Golan yang dijajah, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
“Dalam satu kenyataan oleh Sekretariat Agung, MWL menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengecam dan mengambil tindakan terhadap pelanggaran berterusan Israel yang merosakkan peluang rakyat Syria untuk memulihkan keselamatan dan kestabilan mereka selepas bertahun-tahun mengalami kezaliman dan penderitaan,” menurut kenyataan itu pada Isnin.
Kenyataan itu menekankan kepentingan menghormati kedaulatan Syria, keutuhan wilayahnya, serta keselamatan rakyatnya.
Arab Saudi turut mengecam keputusan rejim Israel untuk memperluaskan petempatan di Bukit Golan yang dijajah, menyifatkan tindakan itu sebagai usaha berterusan untuk merosakkan peluang memulihkan keselamatan di Syria.
Pada Ahad, rejim Israel mengumumkan rancangan untuk menggandakan populasi di Bukit Golan, dengan alasan ancaman dari Syria.
Israel menawan sebahagian besar dataran tinggi itu daripada Syria semasa Perang Enam Hari pada 1967.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#golan
#peluasan petempatan
#genosid
#Israel
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan