awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga aktivis Palestine Action tamatkan mogok lapar selepas Elbit gagal dapat kontrak
Konfrontasi geoekonomi muncul sebagai risiko global terbesar 2026, amaran Forum Ekonomi Dunia
AAX belum muktamad menamakan semula syarikat kepada AirAsia pada 19 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Louvre naikkan harga tiket 45 peratus untuk pelawat luar Eropah mulai 2026

Agensi
Agensi
28/11/2025
22:50 MYT
Louvre naikkan harga tiket 45 peratus untuk pelawat luar Eropah mulai 2026
Muzium Louvre paling ramai dikunjungi di dunia dan tarikan utama pelancong ke Paris. Tahun lalu, Louvre dikunjungi 8.7 juta orang, dengan pelancong dari Amerika Syarikat menyumbang 13 peratus, kedua tertinggi selepas warga Perancis. - Gambar Reuters
PARIS: Lawatan ke Muzium Louvre di sini bakal menjadi lebih mahal bagi pelancong dari luar Eropah apabila pihak pengurusan mengumumkan kenaikan harga tiket sebanyak 45 peratus bermula 14 Januari 2026.
Menurut jurucakap Louvre kepada CNN, harga tiket individu untuk pengunjung dari luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) akan meningkat kepada 32 euro (RM153), manakala pelawat berkumpulan bersama pemandu pelancong perlu membayar 28 euro (RM134) seorang.
Langkah ini dijangka menjana tambahan pendapatan antara 15 juta euro hingga 20 juta euro (sekitar RM72 juta - RM96 juta) setahun, yang akan digunakan untuk kerja pemodenan dan menaik taraf struktur muzium bersejarah itu.
Muzium paling ramai dikunjungi di dunia
Louvre, yang asalnya dibina pada abad ke-12 sebagai kediaman rasmi raja-raja Perancis, diubah menjadi muzium pada tahun 1793 selepas Raja Louis XIV memindahkan istana ke Versailles.
Kini, ia menjadi muzium paling ramai dikunjungi di dunia dan tarikan utama pelancong ke Paris.
Tahun lalu, Louvre menerima 8.7 juta pengunjung, dengan pelancong dari Amerika Syarikat menyumbang 13 peratus, kedua tertinggi selepas warga Perancis.
Cabaran keselamatan dan struktur
Bagaimanapun, jumlah pengunjung yang tinggi memberi tekanan kepada bangunan berusia ratusan tahun itu, selain isu keselamatan yang terdedah selepas insiden rompakan berani pada siang hari 19 Oktober lalu, apabila empat lelaki mencuri barang kemas bersejarah bernilai tinggi.
Laporan mahkamah Perancis pada 6 November mengkritik pengurusan Louvre kerana lebih menumpukan kepada pembelian dan projek renovasi berprofil tinggi berbanding keselamatan muzium.
Presiden Mahkamah Audit, Pierre Moscovici, menyifatkan rompakan itu sebagai “isyarat amaran yang kuat” kepada pihak muzium.
Langkah serupa di lokasi lain
Kenaikan harga tiket ini sebenarnya telah diumumkan awal tahun oleh Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati dan akan turut dilaksanakan di beberapa lokasi ikonik lain seperti Istana Versailles, Sainte Chapelle di Paris dan Château de Chambord di Lembah Loire. - Agensi
Topic Berkaitan
#muzium louvre
#tiket Muzium Louvre
#pelawat luar Eropah
#Muzium Louvre dirompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan