awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2026
22:30 MYT
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Pakar memberi amaran kejadian seumpama ini bukan sahaja merosakkan ekosistem tempatan, malah membawa kesan ekonomi lebih luas kepada sektor pertanian Lubnan. - Foto REUTERS
BEIRUT: Lubnan menuduh pesawat Israel menyembur racun rumpai pertanian di beberapa kampung di selatan negara itu pada kepekatan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai berbahaya, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan makanan dan alam sekitar.
Kementerian Pertanian dan Kementerian Alam Sekitar Lubnan berkata ujian makmal mengesahkan bahan berkenaan ialah glyphosate, sejenis racun rumpai untuk memusnahkan tumbuhan, dengan kepekatan dalam beberapa sampel didapati "antara 20 hingga 30 kali ganda melebihi paras yang lazim diterima".
Presiden Joseph Aoun mengecam penyemburan apa yang disifatkannya sebagai “bahan toksik”, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran kedaulatan Lubnan serta jenayah alam sekitar dan kesihatan.
Tentera Israel Defense Forces memberitahu BBC bahawa mereka tidak mempunyai komen berhubung dakwaan itu.
Tujuan sebenar penyemburan racun rumpai tersebut masih belum jelas.
Penduduk di beberapa kampung sempadan melaporkan kejadian berkenaan, yang berlaku lebih setahun selepas gencatan senjata menamatkan perang antara Israel dan Hezbollah.
Awal minggu ini, pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan berkata mereka telah dimaklumkan oleh Israel mengenai rancangan penyemburan berhampiran sempadan dan dinasihatkan untuk berlindung, memaksa pembatalan sebahagian operasi.
Mereka turut menyatakan ini bukan kali pertama bahan kimia tidak dikenali digugurkan dari udara ke wilayah Lubnan.
Dengan puluhan ribu penduduk masih kehilangan tempat tinggal susulan konflik 2023–2024, cabaran untuk pulang dan membina semula kehidupan kini semakin rumit, kata Ramzi Kaiss dari Human Rights Watch di Lubnan.
“Kawasan ini sangat bergantung kepada pertanian, kebun zaitun, tembakau dan tanaman lain, dan insiden ini menjejaskan keupayaan penduduk untuk kembali, meneruskan mata pencarian dan pulih selepas kemusnahan besar,” katanya.
Pakar memberi amaran kejadian seumpama ini bukan sahaja merosakkan ekosistem tempatan, malah membawa kesan ekonomi lebih luas kepada sektor pertanian Lubnan.
Pada April 2025, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melaporkan konflik 2024 menyebabkan kerosakan dan kerugian melebihi AS$700 juta kepada sektor pertanian Lubnan, khususnya di selatan negara itu dan Lembah Bekaa.
Kumpulan alam sekitar seperti Green Southerners turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang ke atas pengeluaran pertanian dan kesuburan tanah, memberi amaran ancaman kepada biodiversiti, keselamatan makanan dan mata pencarian tempatan.
Bagaimanapun, tiada konsensus sejagat mengenai risiko glyphosate. Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO mengklasifikasikannya sebagai “mungkin karsinogenik kepada manusia”, manakala badan pengawal selia lain, termasuk Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS dan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah, menyatakan ia tidak berkemungkinan menimbulkan risiko kanser kepada manusia.
Kementerian Luar Lubnan berkata pihaknya bercadang mengemukakan aduan rasmi terhadap Israel kepada Majlis Keselamatan PBB.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#racun rumpai
#kesihatan awam
#tumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami