BERLIN: Dua lukisan dari abad ke-17 ditemui di tempat pembuangan sampah lebuh raya di Jerman.
Lukisan minyak itu ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun di perhentian rehat berhampiran Ohrenbach di tengah Jerman bulan lalu.
Dia kemudian menyerahkannya kepada polis di kota barat Cologne, lapor 9news.
Penilaian awal oleh seorang pakar seni mendapati kedua-dua lukisan berbingkai itu merupakan karya asli, kata polis.
Sebuah lukisan bertarikh 1665 itu merupakan potret Pietro Belloti yang memaparkan wajah pelukis Itali itu tersenyum.
Manakala satu lagi ialah potret budak lelaki oleh pelukis Belanda, Samuel van Hoogstraten, yang tidak diketahui tarikhnya.
Setakat ini tiada maklumat tentang nilai setiap lukisan itu.
Beberapa laman web bidaan menunjukkan bahawa lukisan Bellotti pernah terjual lebih daripada AS$200,000, manakala lukisan oleh van Hoogstraten pada nilai bidaan lebih AS$400,000.
Astro Awani
Sat Jun 19 2021
Lukisan potret oleh Pietro Belloti dan Samuel van Hoogstraten ditemui di tempat pembuangan sampah lebuh raya. -Foto 9news
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan dari Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Lukisan dari abad ke-17 dibuang di tempat sampah lebuh raya
Penilaian awal oleh seorang pakar seni mendapati kedua-dua lukisan berbingkai itu merupakan karya asli.