TAIPEI: Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan perjanjian penjualan senjata bernilai AS$619 juta kepada Taiwan untuk membantu pulau itu meningkatkan keupayaan pertahanan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Menurut Kementerian Luar Taiwan, perjanjian itu merupakan penjualan senjata kesembilan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden kepada Taiwan bagi memenuhi janjinya untuk menormalisasikan dasar penjualan peralatan dan perkhidmatan ketenteraan ke Taiwan.
AS terikat secara sah untuk menyokong keupayaan pertahanan Taiwan mengikut Akta Perhubungan Taiwan 1979.
Pada Rabu, kenyataan Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan AS (DSCA) memaklumkan bahawa perjanjian itu antara lain merangkumi peluru berpandu dan peralatan yang akan digunakan oleh jet pejuang F-16 termasuk peluru berpandu antiradiasi dan pelancar roket.
"Penjualan itu akan menyumbang kepada keupayaan penerima untuk menyediakan pertahanan ruang udara dan keselamatan serantau dengan Amerika Syarikat," kata DSCA AS.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan gembira dengan kelulusan perjanjian itu yang dijangka berkuat kuasa sebulan selepas Kongres AS dimaklumkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Perjanjian itu antara lain merangkumi peluru berpandu dan peralatan yang akan digunakan oleh jet pejuang F-16 termasuk peluru berpandu antiradiasi dan pelancar roket. - AP
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
UK gantung jualan beberapa senjata ke Israel
Menteri Pertahanan Israel luah perasaan "sangat kecewa" dengan langkah UK gantung 30 daripada 350 lesen eksport senjata ke Israel.
AS lulus jualan senjata untuk Taiwan bernilai AS$619 juta
Perjanjian itu merupakan penjualan senjata kesembilan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden kepada Taiwan.
Trump tetap 'sayang' Arab Saudi
Amerika Syarikat tidak akan menghukum Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman selain tidak menghentikan jualan senjata kepada Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.