awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS lulus ubat baharu tangani diabetes jenis 1

Bernama
Bernama
01/12/2022
04:38 MYT
AS lulus ubat baharu tangani diabetes jenis 1
FDA meluluskan penggunaan ubat yang dinamakan Tzield untuk melambatkan permulaan diabetes jenis satu terhadap golongan dewasa dan pesakit pediatrik lapan tahun ke atas. - Gambar fail AP
LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan terapi baharu yang memperlahankan permulaan diabetes jenis satu.
"Ia menyasarkan satu daripada punca utama diabetes jenis ini dan boleh melambatkan permulaan penyakit.
"Ubat itu juga boleh menjadi petanda kepada era baharu dalam merawat penyakit itu," kata podcast The Economist pada Selasa.
FDA meluluskan penggunaan ubat yang dinamakan Tzield untuk melambatkan permulaan diabetes jenis satu terhadap golongan dewasa dan pesakit pediatrik lapan tahun ke atas, lapor Xinhua.
Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu, menurut FDA.
Kemungkinan Tzield turut menyahaktif sel imun yang menyerang sel penghasil insulin, sambil meningkatkan sel yang membantu menyederhanakan tindak balas imun.
Ubat ini diberikan melalui infusi intravena sekali sehari selama 14 hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FDA Amerika Syarikat
#diabetes
#Tzield
#ubat baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan