awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macam babak drama, dua lelaki lamar wanita sama serentak

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2018
13:32 MYT
Macam babak drama, dua lelaki lamar wanita sama serentak
Pergaduhan tercetus selepas pesaing Yi berang dengan tindakannya menggunakan megafon ketika melamar Ai. -Foto Sinar Harian
Babak ini biasa kita lihat dalam drama atau filem.
Tetapi, ia benar-benar berlaku dalam dunia realiti melibatkan dua lelaki yang 'bersaing' untuk melamar seorang wanita menjadi isteri.
Salah seorang daripadanya adalah blogger terkenal, Xiao Yi yang mahu bertemu pesaingnya untuk menentukan siapa dapat memenangi hati wanita tersebut.
Dia yang mempunyai 380,000 pengikut di laman perkongsian video, Kuaishou membuat persetujuan untuk melamar gadis dikenali sebagai Xiao Ai itu secara serentak dengan seorang lagi lelaki di kompleks beli belah, Wuyue Square di Shanghai.
Kedua-dua mereka turut membawa sejambak bunga dan melutut di hadapan wanita itu pada masa yang sama.
Yi yang mengenakan sut menjerit 'Xiao Ai, Saya cintakan awak!' menerusi megafon miliknya.
Berang dengan 'usaha' Yi untuk menambat hati Ai, satu pertengkaran telah berlaku antara kedua-dua lelaki tersebut.
Orang ramai yang menyaksikan 'drama' itu terpaksa masuk campur untuk meleraikan mereka.
Difahamkan, insiden pertengkaran itu berlaku selama beberapa minit, namun tidak jelas bagaimana ia berakhir.
Menurut saksi, Ai membuat keputusan tidak menerima lamaran kedua-dua mereka.
Seorang pengguna media sosial yang menyaksikan video itu menghantar komen, 'Ini sangat romantik. Saya seperti tidak percaya. Mereka bergaduh'. -The Mirror
Topic Berkaitan
#blogger
#dunia realiti
#insiden pertengkaran
#Kuaishou
#Wuyue Square
#Xiao Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan