awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maghribi sahkan kes pertama MPOX

Bernama
Bernama
13/09/2024
05:15 MYT
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi menasihatkan orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk kerap mencuci tangan dan mengelak kontak langsung dengan individu yang dijangkiti. - Gambar hiasan/REUTERS
RABAT: Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Ini merupakan kes pertama yang dilaporkan di Maghribi di tengah-tengah wabak baharu di peringkat global.
Menurut kementerian, pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan perubatan yang sewajarnya.
Langkah pengasingan dan pemantauan dilaksanakan mengikut piawaian kesihatan nasional dan antarabangsa.
Siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk mengesan semua kontak rapat pesakit dan tiada simptom terhadap semua kontak rapat itu setakat ini, menurut laporan itu.
Kementerian turut menggesa rakyat agar merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi mengelakkan penyebaran khabar angin dan maklumat salah.
Pihaknya juga menasihatkan orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk kerap mencuci tangan, mengelakkan kontak langsung dengan individu yang dijangkiti atau disyaki, serta menjaga kebersihan diri.
Maghribi melaporkan kes mpox pertamanya pada 2022.
Pada 14 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak mpox di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa, berikutan kemunculan varian yang lebih berbahaya, clade 1b yang kali pertama dikesan di Republik Demokratik Congo pada September 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pertama mpox
#Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Republik Demokratik Congo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan