awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHAR kecam pembunuhan terancang wartawan di Gaza

Bernama
Bernama
24/07/2025
08:50 MYT
MAHAR kecam pembunuhan terancang wartawan di Gaza
MAHAR menyifatkan Gaza sebagai "lohong hitam maklumat," di mana wartawan sedang kelaparan, diburu dan dibisukan di tengah-tengah kemusnahan berterusan terhadap rumah, sekolah dan hospital. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menzahirkan kemarahan dan kekesalan mendalam terhadap kekejaman yang semakin dahsyat di Gaza, termasuk pembunuhan enam wartawan dalam satu serangan udara rejim Zionis Israel pada Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • MAHAR mengecam kekejaman Israel di Gaza termasuk pembunuhan enam wartawan, menyifatkan situasi sebagai -perang terhadap maklumat- yang membisukan laporan kemanusiaan seperti kebuluran dan kemusnahan hospital.
  • MAHAR menuntut siasatan antarabangsa bebas terhadap pembunuhan wartawan, perlindungan kepada petugas media di zon konflik, akses kemanusiaan serta gencatan senjata segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Gaza.
  • Presiden MAHAR menegaskan bahawa wartawan disasarkan secara sengaja untuk memadam bukti dan menghapuskan pertanggungjawaban, menyeru dunia Islam dan masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap jenayah kemanusiaan ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, MAHAR menyifatkan Gaza sebagai "lohong hitam maklumat," di mana wartawan sedang kelaparan, diburu dan dibisukan di tengah-tengah kemusnahan berterusan terhadap rumah, sekolah dan hospital.
Pertubuhan itu menekankan bahawa bekalan perubatan hampir habis manakala agensi bantuan dinafikan akses selamat ke kawasan terjejas.
"Apabila wartawan terbunuh, kisah-kisah yang sepatutnya mereka laporkan turut mati bersama mereka - kisah bayi kebuluran, keluarga yang hilang tempat tinggal, hospital yang musnah dan ketakutan harian yang tidak sempat disiarkan ke skrin dunia. Ini bukan sekadar krisis kemanusiaan. Ini adalah perang terhadap maklumat dan barisan hadapan peperangan ini terdiri daripada wartawan tidak bersenjata yang hanya membawa kamera dan telefon.
"MAHAR menegaskan bahawa tindakan ini adalah pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva serta merupakan jenayah terhadap kemanusiaan," menurut MAHAR dalam satu kenyataan.
MAHAR turut menggesa tindakan segera peringkat global, termasuk siasatan antarabangsa bebas terhadap pembunuhan wartawan di Gaza dan perlindungan kepada semua wartawan yang bertugas di zon konflik, khususnya wartawan tempatan.
MAHAR turut menuntut akses kemanusiaan serta-merta dan gencatan senjata bagi menghentikan kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai orang awam, pelaksanaan sekatan serta tindakan diplomatik terhadap pihak yang melakukan pelanggaran itu selain kebebasan media sepenuhnya dan liputan antarabangsa tanpa sekatan di Gaza.
"Ini adalah seruan kepada semua kerajaan, institusi antarabangsa, pengamal media dan setiap individu berjiwa nurani. Jangan biarkan dunia menjadi buta dan jangan biarkan Gaza dikuburkan tanpa saksi," menurut MAHAR.
Sementara itu, Presiden MAHAR Jismi Johari berkata wartawan bukan sekadar 'kerosakan sampingan' dalam konflik itu, sebaliknya mereka disasarkan secara sengaja untuk memadam bukti, menghapus pertanggungjawaban dan membutakan kesedaran dunia.
"Rejim Israel bukan sahaja membunuh orang awam, tetapi turut membunuh kebenaran. Setiap kali seorang wartawan terbunuh, kita kehilangan seorang saksi. Dan apabila semua saksi dibunuh, genosid "berjalan" tanpa siapa pun yang boleh mendakwa.
"Malaysia, dunia Islam dan dunia kemanusiaan tidak boleh diam," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#kekejaman israel
#pembunuhan wartawan
#MAHAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan