awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq

Bernama
Bernama
01/02/2026
10:33 MYT
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Mohammed Taufiq ketika sidang media selepas mengadakan lawatan sempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, di Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama
SUNGAI PETANI: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berharap penyokong tempatan tidak hilang semangat susulan krisis berterusan yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Katanya beliau yakin di sebalik isu yang berlaku, sukan yang diminati ramai itu akan terus mendapat sokongan peminatnya.
"Bola sepak menjadi antara sukan yang mempunyai ramai peminat, jadi saya harap FAM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik, teratur, tertib dan dengan penuh hikmah," katanya kepada pemberita selepas meninjau sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Jalan Kuala Ketil dekat sini, hari ini.
FAM berdepan krisis bermula September lepas selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan badan induk itu dan tujuh pemain, iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Jodo Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
Pada Rabu lepas, semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi penggal 2025-2029 meletakkan jawatan secara beramai-ramai.
"Saya menghormati keputusan Exco FAM untuk meletakkan jawatan. Di peringkat kementerian, kami berharap FAM akan membuat keputusan terbaik. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut," kata Dr Mohammed Taufiq.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#isu FAM
#penyokong tempatan
#luntur semangat
#Menteri Belia dan Sukan
#Mohammed Taufiq Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan