awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Berlin hentikan penukaran nama jalan kontroversi

Bernama
Bernama
22/08/2025
20:15 MYT
Mahkamah Berlin hentikan penukaran nama jalan kontroversi
Sebuah mahkamah di Berlin menghalang penukaran nama jalan kontroversi di ibu negara Jerman itu, sekali gus menghentikan perubahan berkenaan walaupun papan tanda baharu telah dipasang. - Gambar hiasan
BERLIN: Sebuah mahkamah di Berlin menghalang penukaran nama jalan kontroversi di ibu negara Jerman itu, sekali gus menghentikan perubahan berkenaan walaupun papan tanda baharu telah dipasang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah Pentadbiran Berlin menerima rayuan tergempar terhadap penukaran nama itu, kata jurucakap pada Jumaat.
Jalan berkenaan tidak boleh dinamakan semula sehingga saman terbabit diselesaikan, katanya.
Aktivis sejak sekian lama berusaha menukar nama "Mohrenstrasse" di pusat bandar raya Berlin kerana istilah "Mohr" secara sejarah digunakan bagi merujuk individu keturunan Afrika dalam bentuk pengghinaan.
Perkataan itu berasal daripada istilah Latin "Maurus" ("Moor") dan kemudiannya dikaitkan dengan kolonialisme, perhambaan serta karikatur perkauman.
Nama baharu yang dirancang, Anton-Wilhelm-Amo-Strasse, adalah sebagai penghormatan kepada ahli falsafah dan peguam keturunan Afrika pertama yang memperoleh ijazah kedoktoran di sebuah universiti Jerman pada abad ke-18.
Papan tanda pertama dengan nama Anton-Wilhelm-Amo-Strasse telah pun dipasang, dengan majlis pelancaran rasmi dijadual pada Sabtu.
Namun, dalam pengumumannya, mahkamah di Berlin itu menyatakan tiada keperluan mendesak untuk menukar nama jalan terbabit.
Mahkamah Pentadbiran dan Mahkamah Tinggi Pentadbiran Berlin-Brandenburg sebelum ini pernah memutuskan bahawa penukaran nama boleh diteruskan dalam satu saman terdahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nama jalan kontroversi
#mahkamah berlin
#Mohrenstrasse
#Maurus
#kolonialisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan