BERLIN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel.
Dalam ucapan pembukaannya, Duta Nicaragua, Carlos Jose Arguello Gomez berkata, negaranya meminta mahkamah mengarahkan Jerman supaya menghentikan sokongan kepada serangan Israel di Gaza.
"Kes di hadapan kita melibatkan peristiwa yang menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan ratusan ribu manusia dan malah kemusnahan keseluruhan warga wilayah berkenaan," lapor Agensi Anadolu yang memetik ucapan beliau.
"Pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma mesti dipatuhi dalam undang-undang antarabangsa termasuk genosid sedang berlaku di Palestin," katanya.
Duta itu menekankan bahawa dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel, Jerman melanggar Konvensyen Genosid 1948 dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Nicaragua meminta mahkamah mengarahkan Jerman untuk menghentikan sokongan kepada Israel dalam kempennya menghapuskan rakyat Palestin," katanya.
Kerajaan Jerman kekal sebagai satu penyokong kuat serangan tentera Israel di Gaza, biarpun menerima tekanan yang semakin meningkat daripada orang ramai. Canselor Olaf Scholz berulang kali berkata Jerman memikul tanggungjawab khas kepada Israel kerana sejarah Nazi Jerman.
Berlin meluluskan eksport senjata bernilai EUR326.5 juta (AS$354 juta) ke Israel pada 2023, majoritinya diluluskan setelah Israel melancarkan serangan tentera ke atas Gaza pada 7 Okt lepas - peningkatan 10 kali ganda daripada 2022. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Mahkamah Keadilan Antarabangsa memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel. - Gambar fail REUTERS
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Mahkamah Dunia mulakan pendengaran dakwaan Nicaragua Jerman bantu Israel lakukan genosid
Nicaragua meminta mahkamah mengarahkan Jerman supaya menghentikan sokongan kepada serangan Israel di Gaza.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenyataan lisan Malaysia di ICJ beri nilai tambah bagi isu Palestin
Kenyataan lisan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan memberi nilai tambah signifikan berhubung isu Palestin agar seluruh dunia cakna mengenai kekejaman yang dilakukan rejim Zionis.
Malaysia akan sertai sesi pendengaran awam isu Palestin di ICJ - Mohamad
Menteri Luar akan menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia pada 22 Februari, jam 5.10 petang waktu tempatan (23 Februari, 12.10 tengah malam waktu Malaysia).
52 negara akan buat kenyataan di ICJ berhubung jenayah oleh Israel
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan bahawa 52 negara akan membuat kenyataanakan kesan undang-undang terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kes genosid: Malaysia kemuka hujahan lisan di ICJ pada 22 Feb
Malaysia akan mengambil bahagian mengemukakan hujahan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin pada 22 Feb nanti.
Uganda berkata keputusan hakimnya di ICJ yang memihak kepada Israel tidak mewakili pendiriannya
Uganda berkata pendirian hakim ICJ, Julia Sebutinde dalam kes terhadap Israel berkaitan perang di Gaza, tidak mewakili pendirian negara itu.
Perintah ICJ 'tamatkan era Israel bebas daripada hukuman’ - PM Palestin
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman".