Skip to main content

Dunia

Mahkamah Filipina keluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Sara Duterte

61770023120_saraduterte.jpg
Sebuah mahkamah tempatan Filipina mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Sara Duterte pada Jumaat, menurut peguamnya. - Gambar fail
Advertisement

MANILA: Sebuah mahkamah tempatan Filipina mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Sara Duterte pada Jumaat, menurut peguamnya, lapor Xinhua.

Mahkamah Perbicaraan Wilayah Quezon City mengarahkan penangkapannya atas tiga pertuduhan membuat ancaman serius susulan kenyataannya bahawa beliau telah bercakap dengan seseorang yang akan membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr, isterinya Liza Araneta-Marcos dan bekas Speaker Dewan Perwakilan Martin Romualdez sekiranya beliau sendiri dibunuh.

Peguam Sara dalam satu kenyataan berkata Naib Presiden itu tidak berniat untuk mengelak daripada tindakan undang-undang dan akan terus menggunakan segala saluran perundangan yang tersedia untuknya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement