Skip to main content

Dunia

Trump undi awal dalam pemilihan pertengahan penggal

Trump berucap selepas mengundi pada pilihan raya pertengahan penggal 2026 di pejabat Penyelia Pilihan Raya Palm Beach County di West Palm Beach, Florida, AS, 24 Okt 2026. REUTERS
Trump berucap selepas mengundi pada pilihan raya pertengahan penggal 2026 di pejabat Penyelia Pilihan Raya Palm Beach County di West Palm Beach, Florida, AS, 24 Okt 2026. REUTERS

Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melaksanakan undian awal dalam pilihan raya pertengahan penggal kongres, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Trump mengundi di Florida. Rakaman televisyen kemudian menunjukkan beliau bercakap kepada wartawan dengan pelekat "I Voted” pada jaketnya.

Wanita Pertama AS Melania Trump turut membuang undi bersama suaminya.

Menurut NBC, lebih 26.7 juta orang di seluruh AS telah mengundi dalam pilihan raya separuh penggal itu, sama ada di pusat mengundi atau melalui pos.

Pilihan raya yang dijadualkan pada 3 Nov ini akan menentukan komposisi Dewan Rakyat dan keputusan 35 kerusi Dewan Negara.

Republikan kini memegang majoriti sempit dalam kedua-dua dewan Kongres.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement