awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Israel tolak rayuan pulih bekalan elektrik Gaza

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2025
01:40 MYT
Mahkamah Israel tolak rayuan pulih bekalan elektrik Gaza
Pada 9 Mac lalu, Israel memutuskan bekalan elektrik terakhir ke Gaza selepas mendakwa berlaku pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan. - Foto fail/AP
TEL AVIV: Mahkamah Agung Israel menolak petisyen yang dikemukakan oleh keluarga tebusan, meminta kerajaan untuk menyambung semula bekalan elektrik ke Gaza, selepas dihentikan bulan lalu susulan keputusan kerajaan.
Hakim Alex Stein menolak petisyen itu dengan alasan perkara tersebut sepenuhnya berada di bawah bidang kuasa kepemimpinan politik dan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, Israel tidak mempunyai kewajiban untuk membekalkan elektrik kepada Gaza.
Timbalan Presiden Mahkamah Agung, Hakim Noam Sohlberg turut menyuarakan keraguan mengenai petisyen itu dan memberi amaran tindakan mempertimbangkannya berisiko untuk dicabar secara perundangan.
Sementara itu, Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen, berpuas hati terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen tersebut./
Kata beliau, keputusan yang diketuainya untuk memutuskan bekalan elektrik di Gaza adalah tepat dari sudut keselamatan dan moral.
Justeru beliau akui gembira apabila petisyen untuk memaksa penyambungan semula bekalan elektrik ditolak tanpa pertimbangan lanjut.
Tegasnya, tekanan berterusan terhadap Hamas akan membawa kepada pembebasan tebusan Israel dan memastikan kumpulan pejuang tidak lagi wujud di Gaza.
Pada 9 Mac lalu, Israel memutuskan bekalan elektrik terakhir ke Gaza selepas mendakwa berlaku pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan, sebelum meneruskan semua serangan ketenteraan di wilayah itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#Gaza
#Israel
#petisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan