awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Paris putuskan pembebasan Sarkozy Isnin ini

Bernama
Bernama
10/11/2025
06:24 MYT
Mahkamah Paris putuskan pembebasan Sarkozy Isnin ini
Sarkozy melambai kepada penyokong beliau, dan disampingnya ialah isteri, Carla Bruni-Sarkozy. - Gambar fail REUTERS/Benoit Tessier
PARIS: Mahkamah rayuan di Paris dijadual membuat keputusan pada Isnin sama ada bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy, yang kini dipenjarakan berhubung skandal Libya akan dibebaskan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun, Sarkozy ditahan tiga minggu lalu atas perintah mahkamah bagi pelaksanaan sementara hukuman, walaupun beliau telah memfailkan rayuan terhadap sabitannya.
Peguam kepada bekas presiden berusia 70 tahun itu segera mengemukakan permohonan pembebasan, dengan keputusan dijangka dibuat pada 9.30 pagi (0830 GMT).
Prosiding rayuan dijangka berlangsung tahun depan.
Kes itu berkisar kepada dakwaan bahawa kempen pilihan raya presiden Sarkozy pada 2007 menerima dana haram daripada rejim pemimpin Libya ketika itu, Muammar Gaddafi.
Mahkamah jenayah Paris tidak menemukan bukti langsung mengenai dakwaan terbabit, namun dalam hujah penghakimannya menyimpulkan bahawa Sarkozy dan beberapa individu rapatnya sekurang-kurangnya telah berusaha mendapatkan dana daripada rejim Gaddafi.
Mahkamah berkenaan mensabitkan Sarkozy atas kesalahan sebagai ahli organisasi jenayah.
Sarkozy tetap menegaskan dirinya tidak bersalah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nicolas Sarkozy
#Muammar Gaddafi
#terima dana dari Libya pada 2007
#Sarkozy dipenjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan