awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Perancis arah Twitter dedah pengguna

AFP
AFP
24/01/2013
15:47 MYT
Mahkamah Perancis arah Twitter dedah pengguna
Mahkamah di Perancis pada Khamis telah memutuskan supaya Twitter menyerahkan data pengguna bagi mengenalpasti identiti pengguna yang menyebarkan tweet berunsur perkauman dan anti-semetik. Selama ini Twitter enggan bekerjasama dengan pihak polis.
Keputusan tersebut dibuat susulan aduan undang-undang yang dikemukakan oleh Kesatuan Pelajar Yahudi (UEJF) pada bulan Oktober lalu, yang berhujah terdapatnya banyak tweet yang telah melanggar undang-undang Perancis dan berunsur hasutan.
Kesatuan itu telah mendesak Twitter agar menjalankan kawalan yang ketat pada laman sosial tersebut berikutan kebanjiran tweet berunsur anti-Semitik dengan hashtag #unbonjuif (#agoodjew)
Susulan desakan tersebut, Twitter telah memadam beberapa tweet yang melampau.
UEJF mengambil langkah tersebut dengan tujuan untuk memaksa Twitter mengenalpasti identiti pengarang tweet tersebut.
Oktober lalu, Twitter telah menggantung akaun kumpulan neo-Nazi di Jerman berikutan permintaan oleh kerajaan di Berlin. Ia adalah kali pertama sebuah syarikat AS bertindak sedemikian atas permintaan kerajaan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Perancis
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan