awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Peru jatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap bekas Presiden Castillo

Bernama
Bernama
10/03/2023
11:24 MYT
Mahkamah Peru jatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap bekas Presiden Castillo
Pemimpin itu dipenjarakan sejak 7 Disember lalu, dan ditahan selepas cuba membubarkan Parlimen. Foto Twitter
BANDARAYA MEXICO: Mahkamah Agung Peru pada Khamis meluluskan permohonan pendakwa raya untuk menahan bekas Presiden Pedro Castillo selama tiga tahun dengan sabitan kes jenayah terancang.
"Mahkamah Agung telah menjatuhkan hukuman penjara pra-perbicaraan selama 36 bulan terhadap Pedro Castillo kerana didakwa mempunyai kaitan dengan organisasi jenayah bagi kesalahan yang dilakukan di Petroperu (syarikat minyak milik kerajaan), kementerian pengangkutan, perumahan, pembinaan dan kesihatan, "menurut mahkamah dalam ciapan di Twitter.
Pemimpin itu dipenjarakan sejak 7 Disember lalu, dan ditahan selepas cuba membubarkan Parlimen.
Perdana Menteri ketika itu Dina Boluarte mengangkat sumpah sebagai presiden baharu dalam masa dua jam selepas pemerintahan Castillo digulingkan.
Pada pertengahan Disember, Castillo dijatuhi hukuman penjara 18 bulan sebelum perbicaraan.
Castillo boleh berdepan hukuman penjara sehingga 32 tahun jika terbukti mempunyai kaitan dengan jenayah terancang.
Peristiwa ini telah mencetuskan gelombang protes di seluruh negara.
Penunjuk perasaan mengecam kerajaan sedia ada dan menggesa pilihan raya presiden diadakan segera dan Parlimen dibubarkan.
Lebih 20 orang terbunuh dalam protes itu, menurut media tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Twitter
#protes
#jenayah terancang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan