awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan

Bernama
Bernama
22/11/2024
09:30 MYT
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Chen kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh pelajar universiti dikenali dengan nama keluarga Chai pada Oktober 2022. - Gambar hiasan
TAIPEI: Sebuah mahkamah dalam prosiding sivil pada Khamis memutuskan bahawa seorang lelaki Taiwan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Januari 2024 kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar lebih NT$6 juta (AS$196,020) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Mahkamah Daerah Shilin memerintahkan Chen Po-yen untuk membayar NT$3,010,355 dan NT$3,369,999 masing-masing kepada ibu dan bapa pelajar universiti wanita yang dicekiknya sehingga mati, dengan faedah tahunan lima peratus dikira mulai Ogos 2023.
Keputusan mahkamah itu boleh dirayu.
Chen, yang berusia 30 tahun ketika kejadian, kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh pelajar universiti dikenali dengan nama keluarga Chai pada Oktober 2022.
Mahkamah Daerah Shilin mendapati Chen bersalah atas tuduhan membunuh pada Januari, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Taiwan pada Jun lalu.
Chen mengaku mencekik Chai sehingga mati di rumah sewanya selepas mangsa enggan memulangkan sebahagian daripada NT$99,999 yang telah dipindahkan ke dalam akaunnya, menurut kenyataan Mahkamah Daerah Shilin pada Januari.
Chai, yang berusia 24 tahun ketika kejadian sedang menuntut di sebuah universiti di Taipei dan bekerja sebagai model sambilan serta penstrim langsung di media sosial, menurut polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah Taiwan
#bayar pampasan
#bunuh pelajar Malaysia
#Chen Po-yen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan