Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Palestin di bawah "perlindungan antarabangsa" susulan keganasan yang semakin buruk di Gaza, kata Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Dalam satu kenyataann, PLO memaklumkan Mahmoud akan menyerahkan surat permohonan itu kepada Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat, Robert Serry. Surat itu ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.
Mahmoud juga mahu sebuah suruhanjaya siasatan bagi menyiasat serangan udara Israel ke atas Gaza yang didakwa bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin ke wilayah Yahudi, lapor AFP.
Anggota kanan PLO, Hanan Ashrawi dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat eksekutif PLO itu berkata Mahmud sedang "mengambil beberapa langkah untuk menangani keadaan yang buruk di Gaza".
Mahmoud juga meminta Switzerland, pemegang amanah Konvensyen Geneva mengenai perlindungan orang awam semasa perang, untuk meminta negara penandatangan dokumen itu mengenakan sekatan ke atas Israel yang bertanggungjawab ke atas keselamatan orang awam sebagai pihak yang menjajah.
Pengiktirafan PBB ke atas Palestin sebagai negara bukan anggota membolehkan Palestin menandatangani beberapa konvensyen antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva.
Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan sebelum Subuh pada Selasa dalam usaha menghentikan serangan rentas sempadan oleh kumpulan pejuangan di Gaza. Serangan udara tentera rejim Zionis itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 166 terbunuh setakat Ahad dengan lebih 1,000 orang cedera.
Dalam pada itu, PLO akan meminta menteri-menteri luar Liga Arab yang akan bersidang di Kaherah pada Isnin bagi membincangkan keadaan di Gaza supaya "menerima draf resolusi pada peringkat menteri" untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan PBB.
Palestin juga akan mendesak satu mesyuarat khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB "untuk menangani keadaan yang serius di Gaza dan mempertanggungjawabkan Israel atas pencabulan undang-undang antarabangsa." -- Agensi
AFP
Sun Jul 13 2014
Presiden Palestin Mahmoud Abbas meminta PBB meletakkan Palestin di bawah 'perlindungan antarabangsa' susulan keganasan yang semakin buruk di Gaza. AFP Photo
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
'Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan' - Trump
Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir - Ketua Pendakwa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya.