awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu elak cukai import AS, China mungkin cari rakan dagang baharu

Agensi
Agensi
04/03/2018
03:34 MYT
Mahu elak cukai import AS, China mungkin cari rakan dagang baharu
China berkata keputusan menaikkan tarif import ke atas produk besi dan aluminium oleh AS akan memberi masalah kepada perdagangan dunia.
China mungkin akan menjalinkan kerjasama baharu dengan negara pengeksport besi dan aluminium lain jika Amerika Syarikat (AS) masih kekal dengan keputusan yang dibuat pada Khamis lalu.
Kementerian Perdagangan China berkata, keputusan menaikkan tarif import ke atas produk besi dan aluminium oleh AS akan memberi masalah kepada perdagangan dunia.
Menurut kenyataan kementerian terbabit, langkah terbaharu AS itu akan merosakkan mekanisme perdagangan pelbagai hala yang diunjurkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), selain memberi kesan besar kepada perdagangan antarabangsa yang lain.
Justeru, China mungkin akan bekerjasama dengan beberapa negara lain bagi melindungi hak dan kepentingan dagangan masing-masing jika tarif tersebut dilaksanakan kelak.
Pada Khamis, Presiden AS Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif sebanyak 25 peratus bagi import besi dan 10 peratus bagi import aluminium bagi tujuan perlindungan industri domestik dan keselamatan negara itu.
Topic Berkaitan
#aluminium
#AS
#besi
#China
#cukai
#Donald Trump
#import
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan