ANKARA/KARACHI: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan terhadap kitab suci umat Islam, al-Quran baru-baru ini walaupun negara-negara Barat mengundi menentangnya.
Draf resolusi itu dibentangkan oleh Pakistan bagi pihak 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Resolusi yang menyeru kecaman terhadap serangan menyasarkan al-Quran dan menyifatkan ia sebagai "tindakan kebencian agama," itu mendapat undian 47 anggota majlis, lapor Agensi Anadolu.
Pada sesi tetap ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, resolusi itu diterima pakai dengan 28 negara mengundi menyokong, 12 negara menentang dan tujuh berkecuali.
Negara yang mengundi menyokong termasuk Algeria, Argentina, Bangladesh, Bolivia, Cameroon, China, Ivory Coast, Cuba, Eritrea, Gabon, Gambia, India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Malawi, Malaysia, Maldives, Maghribi, Pakistan, Qatar, Senegal, Somalia, Afrika Selatan, Sudan, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan dan Vietnam.
Belgium, Costa Rica, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, Lithuania, Luxembourg, Montenegro, Romania, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mengundi menentang resolusi tersebut.
Turkiye tidak mempunyai hak untuk mengundi kerana statusnya sebagai pemerhati dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Selain itu, UK, AS dan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah turut menolak usul mengutuk pembakaran al-Quran semasa perbahasan pada Selasa di Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Pada sesi tetap ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, resolusi itu diterima pakai dengan 28 negara mengundi menyokong, 12 negara menentang dan tujuh berkecuali.- Gambar fail/REUTERS
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.
Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.
Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.