awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Hak Asasi PBB bakal adakan sesi khas mengenai Afghanistan

Bernama
Bernama
18/08/2021
06:06 MYT
Majlis Hak Asasi PBB bakal adakan sesi khas mengenai Afghanistan
Sesi khas secara maya itu akan berlangsung di Pejabat PBB di Geneva. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengumumkan akan mengadakan sesi khas pada 24 Ogos untuk membincangkan "masalah dan situasi hak asasi manusia yang serius di Afghanistan."
Sesi khas secara maya itu akan berlangsung di Pejabat PBB di Geneva, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan majlis itu.
Ia susulan permintaan bersama Pakistan, penyelaras Organisasi Kerjasama Islam (OIC) mengenai hak asasi dan kemanusiaan, dan Afghanistan.
Permintaan itu mendapat sokongan 89 negara dan dibuat sehari selepas Taliban menguasai Kabul.
Untuk membolehkan sesi khas diadakan ia memerlukan sokongan satu pertiga daripada 47 anggota majlis.
Krisis Afghanistan | Ada yang terkorban ketika cuba lari keluar
Afghanistan Baharu | Puak Taliban janji hormat hak wanita
Turut menyokong Argentina, Austria, Bahrain, Bangladesh, Bulgaria, Burkina Faso, Cameroon, Ivory Coast, Republik Czech, Denmark, Perancis, Gabon, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Libya, Mauritius, Mexico, Netherlands, Pakistan, Poland, Senegal, Somalia, Sudan, Togo, United Kingdom dan Uzbekistan.
Turki, Albania, Mesir, Ireland, Kazakhstan, Qatar, Sweden, Tajikistan dan Emiriah Arab Bersatu, antara 60 negara pemerhati turut menyuarakan sokongan.
Konflik Afghanistan | Memahami krisis Afghanistan, Taliban
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#PBB
#Majlis Hak Asasi Manusia
#Taliban
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan