awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaharu - Erdogan

Bernama
Bernama
10/12/2023
03:10 MYT
Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaharu - Erdogan
Erdogan mengulangi gesaannya untuk mereformasi UNSC susulan tindakan AS memveto resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Gaza. - Foto fail/AP
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengulangi gesaannya untuk mereformasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.
"Disebabkan veto oleh AS, tiada keputusan dicapai. Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaharu.
"Kita tidak boleh lagi bergantung harap kepada Majlis Keselamatan PBB. Sejak 7 Okt, Majlis Keselamatan PBB yang misinya untuk mewujudkan keamanan global telah bertukar menjadi pelindung Israel," kata Erdogan semasa berucap pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia di Istanbul, lapor Agensi Anadolu.
Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada 1 Dis selepas jeda kemanusiaan selama seminggu berakhir.
Kira-kira 17,700 rakyat Palestin di wilayah terkepung itu terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel sejak 7 Okt.
Erdogan menegaskan bahawa rejim Israel dengan sokongan penuh Barat sedang melakukan kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
"Kami akan teruskan perjuangan agar orang yang tidak bersalah di seluruh dunia dapat menikmati masa depan dengan keyakinan. Buat anak-anak di Gaza, buat ibu dan bapa di Gaza yang memeluk insan tersayang mereka dengan linangan air mata, kami akan terus menyuarakan suara kami," kata Erdogan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#UNSC
#gencatan senjata
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan