Ringkasan AI
- Enam stesen di Sarawak masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.
- Serian mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak pada paras 167, manakala kawasan lain menunjukkan trend stabil atau bertambah baik.
- Kualiti udara di Semenanjung Malaysia kekal baik dan sederhana, dengan Balik Pulau, Pulau Pinang merekodkan bacaan IPU terendah pada paras 16.
KUALA LUMPUR: Krisis jerebu di Sarawak kekal membimbangkan apabila enam stesen pengawasan kualiti udara di negeri itu terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini, meskipun kebanyakan kawasan menunjukkan trend stabil dengan sedikit penurunan.
Stesen pengawasan kualiti udara di Serian kekal mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 167, susut satu mata berbanding jam 10 pagi tadi.
Berdasarkan data pengurusan kualiti udara terkini, kualiti udara di kebanyakan kawasan terjejas di Sarawak menunjukkan keadaan yang stabil atau bertambah baik.
Sibu dan Sarikei masing-masing kekal pada bacaan IPU 156, manakala Samarahan dan Kuching merekodkan bacaan 155, berbanding 156 dan 157 sebelum ini.
Mukah turut menunjukkan trend pemulihan apabila bacaannya menurun tiga mata kepada 114.
Perkembangan lebih positif direkodkan di Sri Aman apabila bacaan IPU bertambah baik daripada 100 pada jam 10 pagi kepada 97 pada jam 11 pagi, sekali gus kembali ke kategori sederhana.
Sementara itu, kualiti udara di Semenanjung Malaysia berada pada tahap baik dan sederhana. Bacaan tertinggi direkodkan di Paka, Terengganu pada paras 79, diikuti Kluang dan Pengerang di Johor yang masing-masing mencatatkan bacaan 74, serta Pasir Gudang dengan bacaan 73.
Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan bacaan sederhana tertinggi pada paras 70.
Beberapa kawasan di pantai barat pula mengekalkan kualiti udara yang baik dengan bacaan di bawah paras 50, termasuk Pegoh, Ipoh (49), Shah Alam (47) dan Klang (43).
Di Negeri Sembilan, Nilai dan Seremban masing-masing mencatatkan bacaan 67 dan 57.
Secara keseluruhan, Balik Pulau, Pulau Pinang merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 16, diikuti Alor Setar dan Langkawi yang masing-masing mencatatkan bacaan 19.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status terkini krisis jerebu di Sarawak?
A: Enam stesen pengawasan kualiti udara di Sarawak masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi, walaupun kebanyakan kawasan menunjukkan trend stabil dengan sedikit penurunan. - Q: Di manakah lokasi yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak?
A: Stesen pengawasan kualiti udara di Serian mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 167 setakat jam 11 pagi. - Q: Bagaimana perkembangan kualiti udara di Sri Aman?
A: Bacaan IPU di Sri Aman bertambah baik daripada 100 pada jam 10 pagi kepada 97 pada jam 11 pagi, sekali gus kembali ke kategori sederhana. - Q: Apakah tahap kualiti udara di Semenanjung Malaysia?
A: Kualiti udara di Semenanjung Malaysia berada pada tahap baik dan sederhana, dengan bacaan tertinggi di Paka, Terengganu pada paras 79. - Q: Di manakah kawasan yang merekodkan kualiti udara terbaik di Malaysia?
A: Balik Pulau, Pulau Pinang merekodkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 16, diikuti Alor Setar dan Langkawi masing-masing dengan bacaan 19.