awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti puas hati polisi, perancangan Biden - Kajian

Agensi
Agensi
25/01/2021
14:13 MYT
Majoriti puas hati polisi, perancangan Biden - Kajian
Peratusan Biden itu tidak dapat mengatasi Barack Obama yang merekodkan 70 peratus pada 2009 dan Bill Clinton pada tahun 1993 yang mendapat kepercayaan 65 peratus responden dalam kajian sama dilakukan Pew Research. - Gambar REUTERS
KAJIAN dilakukan Pew Research menunjukkan 58 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) berpuas hati dengan polisi dan perancangan Presiden Joe Biden untuk negara tersebut manakala 39 peratus berpendapat sebaliknya.
Peratusan itu jauh lebih tinggi daripada yang diperolehi bekas Presiden, Donald Trump pada 2017 dengan hanya 39 peratus responden berpuas hati dengan penerangan polisi Trump.
Meskipun begitu, peratusan Biden itu tidak dapat mengatasi Barack Obama yang merekodkan 70 peratus pada 2009 dan Bill Clinton pada tahun 1993 yang mendapat kepercayaan 65 peratus responden dalam kajian sama dilakukan Pew Research.
Dalam kajian sama, majoriti bangsa Amerika Afrika bersetuju dengan polisi dan perancangan Biden, merekodkan 86 peratus diikuti bangsa Hispanik dengan 72 peratus manakala orang kulit putih hampir sama rata, 49 peratus setuju dan 48 peratus tidak.
Dari segi umur pula, baik dari remaja bermula umur 18 tahun sehinggalah warga emas berumur 65 tahun ke atas, majoriti bersetuju dengan penerangan Biden.
Begitu juga dengan responden daripada pelbagai latar belakang pendidikan, majoriti bersetuju dengan penerangan dan polisi presiden baru AS itu.
Sementara itu, 44 peratus daripada responden berasakan masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Biden akan berjaya atau tidak sebagai Presiden.
Manakala, 29 peratus yang lain percaya beliau akan menjadi Presiden yang berjaya dan 26 peratus yang lain pula berpendapat Biden akan gagal.
Hampir separuh daripada responden mengatakan Biden akan membantu pentadbiran persekutuan berfungsi dengan lebih baik dan 28 peratus berpendapat beliau akan menjadikan keadaan lebih buruk.
Kaji selidik itu diadakan dari 8 Januari hingga 12 Januari lepas, melibatkan 5,360 responden daripada 6,107 responden yang diundang menyertai kajian sekali gus menjadikan kadar respons adalah sebanyak 88 peratus.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Donald Trump
#Joe Biden
#AS
#Amerika Syarikat
#presiden
#polisi
#Pew Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan