awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia berpunca kelemahan dalaman berpanjangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos

Fareez Azman
Fareez Azman
10/07/2021
09:52 MYT
Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos
Sehingga kini, sebanyak satu perempat daripada populasi global telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiga perempat masyarakat di sembilan negara akan terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 dengan memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal meskipun setelah menerima vaksin.
Itu antara dapatan daripada kajian firma penyelidikan dan perundingan antarabangsa, Ipsos berhubung tingkah laku masyarakat selepas penularan COVID-19.
Untuk rekod, sehingga kini lebih tiga bilion dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di puluhan negara. Malah beberapa negara telah mencapai kemajuan signifikan apabila berjaya memvaksinasi sebahagian besar populasi rakyat mereka.
Menurut Ipsos, kajianitu dijalankan dengan kerjasama Forum Ekonomi Dunia (WEF) melibatkan 12,497 orang dewasa di bawah usia 75 tahun di sembilan negara.
"Sekurang-kurangnya tiga perempat responden mengatakan bahawa mereka akan meneruskan amalan menjarakkan diri dan memakai topeng," jelas kajian itu.
Mengikut pecahan, Mexico mencatatkan 86 peratus responden akan terus mengikuti langkah pencegahan COVID-19 termasuk penjarakan fizikal.
"Begitu juga, 85% orang Mexico mengikut kajian oleh Ipsos mengatakan bahawa mereka akan terus memakai topeng di khalayak ramai. Diikuti Brazil (83%), Jepun dan Itali masing-masing 79%, dan UK (78%)," jelas kajian itu lagi.
Walau bagaimanapun, kajian terhadap membenarkan kembali makan di restoran (dine-in), acara sukan, konsert serta penggunaan pengangkutan awam pula menunjukkan maklum balas berbeza responden.
Negara Itali merekodkan maklum balas tertinggi sebanyak 82 peratus responden sudah bersedia kembali untuk makan di restoran.
Manakala 67 peratus rakyat Mexico berseida menggunakan pengangkutan awam, 62 peratus pula bersedia menghadiri acara sukan atau konsert.
48 peratus responden di Amerika Syarikat pula bersedia kembali menggunakan pengangkutan awam. Diikuti Jepun sebanyak 38 peratus responden berminat untuk kembali ke acara sukan dan konsert.
Sehingga kini, sebanyak satu perempat daripada populasi global telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Dianggarkan sebanyak 34 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setiap hari.
Bagaimanapun di negara berpendapatan rendah pula hanya mencatatkan satu peratus populasi rakyat menerima satu dos vaksin.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Amerika Syarikat
#Jepun
#sukan
#ekonomi
#Itali
#Mexico
#COVID-19
#konsert
#vaksin
#WEF
#Kajian
#Ipsos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan