awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti rakyat Jepun bantah penganjuran Olimpik - Kaji selidik

Agensi
Agensi
08/02/2021
04:04 MYT
Majoriti rakyat Jepun bantah penganjuran Olimpik - Kaji selidik
Ketidaktentuan situasi berkaitan pandemik membuatkan ramai orang masih skeptikal tentang keperluan menganjurkan temasya sukan itu. - Gambar fail
TOKYO:Majoriti rakyat Jepun kekal membantah penganjuran Olimpik pada musim panas ini dalam situasi pandemik yang tidak menentu, menurut hasil kaji selidik yang disiarkan akhbar Yomiuri pada Isnin.
Reuters melaporkan, kira-kira 28 peratus daripada responden berkata, mereka mahukan temasya sukan itu dibatalkan dan dalam nisbah yang sama pula berkata jika acara itu berlangsung juga, ia perlu dijalankan tanpa kehadiran penonton.
Pungutan suara Yomiuri itu juga menunjukkan 61 peratus responden mahukan Olimpik ditangguhkan atau dibatalkan sama sekali, iaitu sekitar 20 peratus penurunan mata berbanding pungutan suara sebelum ini.
Hanya 36 peratus yang masih menyokong penganjuran Olimpik Tokyo pada musim panas ini, iaitu 28 peratus daripadanya menyarankan penganjuran acara sukan dijalankan tanpa penonton, sementara 8 peratus masih tiada masalah dengan kedatangan penonton ke venue acara.
Temasya Olimpik Jepun ditangguh tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 dan dijadual untuk dilangsungkan semula bermula 23 Julai.
Kira-kira 56 peratus responden menjangkakan situasi pandemik kekal tidak berubah menjelang musim panas nanti, manakala 37 peratus menjangkakan perubahan lebih baik, manakala 3 peratus melihat keadaan semakin memburuk.
Sebanyak 70 peratus percaya bahawa program vaksinasi akan memberi penyelesaian terbaik.
Topic Berkaitan
#temasya sukan
#Olimpik
#olimpik jepun
#Jepun
#pandemik
#penularan
#jangkitan
#musim panas
#penganjuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan