awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malapetaka' jika Israel serang Rafah - UNICEF

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2024
23:45 MYT
'Malapetaka' jika Israel serang Rafah - UNICEF
Ketika ini terdapat 600,000 kanak-kanak di bandar itu berbanding hanya beberapa ratus ribu orang sebelum. - Foto REUTERS
RAFAH: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai 'malapetaka' jika tentera Israel melancarkan pencerobohan darat di bandar Rafah, selatan Gaza.
Menurut jurucakapnya, James Elder, serangan Israel ke kawasan itu dijangka mampu membunuh sejumlah besar kanak-kanak.
"Rafah adalah bandar kanak-kanak. Ketika ini terdapat 600,000 kanak-kanak di bandar itu berbanding hanya beberapa ratus ribu orang sebelum. Kekurangan zat makanan semakin menjalar.
"Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini. Selama 20 tahun saya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, saya tidak pernah melihat bandar berubah menjadi runtuhan seperti itu," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, beliau bertekad untuk melakukan serangan darat di Rafah, walaupun amaran antarabangsa semakin meningkat.
Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berkumpul di Rafah, yang bersempadan dengan Mesir.
Ketika pertempuran antara Hamas dan tentera Israel semakin membara, kumpulan bantuan dan organisasi antarabangsa telah mengeluarkan amaran mengenai risiko kebuluran jika penghantaran bantuan kemanusiaan tidak ditingkatkan.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Rafah
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan