CANBERRA: Penting bagi Malaysia dan Australia bekerjasama, menggemblengkan sumber politik dan diplomatik untuk mendukung ketekalan dalam undang-undang antarabangsa dan menggalakkan keadilan ditegakkan serta saling hormat menghormati antara negara-negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dengan keupayaan dan kelebihan masing-masing, Putrajaya dan Canberra memberikan pelbagai kemungkinan.
"Malaysia dan Australia mempunyai kepentingan yang tinggi dalam mendukung kesucian undang-undang antarabangsa," katanya.
Hanya dengan mematuhi sumber undang-undang antarabangsa yang diiktiraf seluruh dunia, sama ada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982, pinggir tajam dalam interaksi antara negara boleh dihadkan," katanya.
"Kita tidak seharusnya memilih-milih dalam penggunaan undang-undang antarabangsa.
Malangnya, tragedi mengejutkan yang terus berlaku di Semenanjung Gaza telah mendedahkan perbuatan demi kepentingan sendiri yang tidak dapat diterima 'rules-based order'," kata Anwar dalam syarahannya pada Ucapan Gareth Evans 2024 "Mengemudi Arus Geopolitik: Peranan Penting Malaysia dan Australia di Asia Pasifik," di Australian National University di sini hari ini.
Beliau berkata respons berbeza dari Barat kepada penderitaan manusia seperti tidak masuk akal.
"Sebagai contoh mengapa Barat sangat lantang, bersungguh-sungguh dan jelas dalam mengecam serangan Rusia ke atas Ukraine tetapi kekal menyepi dalam pembunuhan kejam ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza? Sememangnya terdapat beberapa pengecualian tetapi ini sangat jarang berlaku."
Beliau berkata lebih banyak pihak dari Dunia Barat telah memberikan angkatan tentera Israel kebebasan sepenuhnya dalam pembunuhan warga Palestin.
"Bila Afrika Selatan membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva, ada negara yang mengutuk bahawa ia adalah tidak produktif. Tetapi apa yang boleh lebih konsisten dengan sebarang tanggapan munasabah 'rules-based order' daripada rayuan terhadap peraturan itu di hadapan panel 17 hakim?
Beliau berkata dengan negara-negara berusaha untuk membina rantau yang lebih aman dengan ekonomi yang bertenaga, " saya percaya adalah satu kerja sia-sia untuk berfikir bahawa "peraturan antarabangsa liberal" dan penggunaan prinsip, peraturan dan norma yang tidak konsisten akan berlalu tanpa disedari.
Tidak wajar untuk kita merendahkan maruah ke dalam kesinisan dan mengisytiharkan bahawa tiada negara boleh konsisten sepenuhnya dalam hubungan antarabangsa," katanya.
Malaysia dan Australia mungkin tidak melihat rantau dan dunia dalam terma yang sama tetapi matlamat utama kedua-dua negara adalah sama beliau berkata sambil menambah strategi spesifik mungkin berlainan tetapi kedua-dua negara masih boleh berusaha ke arah dasar yang selari untuk menggalakkan kerjasama dan integrasi serantau.
"Pada asasnya, perkongsian matlamat seharusnya untuk memupuk sebuah rantau yang kalis kepada peralihan kuasa sambil mengekalkan autonomi setiap negara tanpa mengira saiz. Kita mesti melabur dalam institusi yang membolehkan kita menyesuaikan diri untuk berubah secara aman tanpa menafikan mana-mana negara tempat mereka yang sah dalam masyarakat global," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Anwar berkata dengan keupayaan dan kelebihan masing-masing, Putrajaya dan Canberra memberikan pelbagai kemungkinan. - Gambar Bernama
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Malaysia, Australia boleh bekerjasama galakkan keadilan sejagat - PM Anwar
Penting bagi Malaysia dan Australia bekerjasama, menggemblengkan sumber politik dan diplomatik untuk mendukung ketekalan dalam undang-undang antarabangsa.