KUALA LUMPUR: Malaysia dengan sektor Elektronik dan Semikonduktor yang kukuh, berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi rakan kongsi bagi India dalam pembangunan kemahiran, pembinaan kapasiti dan kerjasama teknologi, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy.
Reddy berkata, India melihat Malaysia sebagai hab dan entrepot bagi syarikat-syarikat India untuk berkembang ke negara-negara Asia Tenggara yang lain.
India kekal komited untuk memperdalam penglibatan ekonominya dengan Malaysia dan rantau ASEAN secara keseluruhannya.
"Kita perlu berusaha untuk mempercepatkan penubuhan Startup Bridge dua hala, yang akan melengkapkan usaha untuk merealisasikan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 dalam mewujudkan 5,000 startup (syarikat pemula) menjelang tahun 2025.
Reddy berkata, jerayawara itu berlangsung di tengah-tengah dua perkembangan penting - yang pertama adalah kemunculan India Baharu dan kedua, kedudukannya semula dalam landskap ekonomi dan politik global, dengan menumpukan kepada rantau ASEAN yang lebih luas dengan Malaysia sebagai rakan penting.
Reformasi penting yang diperkenalkan sejak tahun 2014 sedang berlaku di India sekali gus menjadikannya ekonomi terbesar kelima di dunia dan dijangka melonjak ke kedudukan ketiga dalam tempoh tiga tahun.
India juga mempunyai pasaran saham keempat terbesar dan merupakan hab ketiga terbesar untuk ekosistem startup (pemula) dan kecerdasan buatan (AI) di peringkat global.
Menurut Reddy, jerayawara itu penting kerana India berusaha untuk memperkukuh perkongsian pelaburan dengan Malaysia untuk dekad yang akan datang. Selain itu, tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 dasar "Act East India".
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata, antara komponen utama Perkongsian Strategik Dipertingkat India-Malaysia adalah untuk meluaskan kerjasama ekonomi untuk faedah bersama, dengan pelaburan dua hala memainkan peranan penting dalam konteks ini.
Beliau berkata, ketika India dan Malaysia berusaha mencapai sasaran sifar karbon, usaha lebih inovatif untuk tenaga hijau dan boleh diperbaharui mesti diterokai.
"Melalui jerayawara ini, kami berhasrat untuk menghimpunkan pemegang kepentingan utama dari kedua-dua negara untuk meneroka peluang perniagaan baharu, menjalin perkongsian dan meningkatkan persefahaman bersama," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
![Malaysia di kedudukan terbaik jadi rakan kongsi pembangunan kemahiran, kerjasama teknologi - Pesuruhjaya Tinggi India Malaysia di kedudukan terbaik jadi rakan kongsi pembangunan kemahiran, kerjasama teknologi - Pesuruhjaya Tinggi India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708553158_BNReddy.jpg)
Reddy berkata, India melihat Malaysia sebagai hab dan entrepot bagi syarikat-syarikat India untuk berkembang ke negara-negara Asia Tenggara yang lain. - Foto fail
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721905873_TBMohamadHasan.jpg)
Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah dalam negara itu, yang kini sudah menjadi isu dalam rantau ASEAN.
![Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721816414_cyberthreatshacke.jpg)
Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.
![Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721807754_GobindSinghDeo.jpg)
Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.
![Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0 Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721664266_skuadBbolasep.jpg)
Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0
Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, hari ini.
![Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721554096_Bangladesh.jpg)
Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia
Sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, talian komunikasi yang terhad dan risiko keselamatan yang tinggi susulan rusuhan ganas yang melanda Bangladesh antara perkara yang menghantui pelajar Malaysia.
![Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721551260_Bekaspensyarahdis.jpg)
Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
![Kerajaan terus tingkat usaha selamatkan Harimau Malaya - Nik Nazmi Kerajaan terus tingkat usaha selamatkan Harimau Malaya - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721533852_harimau.jpg)
Kerajaan terus tingkat usaha selamatkan Harimau Malaya - Nik Nazmi
Kerajaan terus komited untuk meningkatkan usaha pemuliharaan Harimau Malaya yang dianggarkan kurang 150 ekor ketika ini seluruh negara.
![Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721536505_tbPENGGANASISLAMIC.jpg)
Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS
Seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan bacaan, menghasut dan memberi kemudahan menyokong perbuatan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
![Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721459128_grocerystore.jpg)
Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA
Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan keseluruhan ahli-ahlinya .
![Perdagangan LNG Malaysia dijangka terus berkembang susulan Petronas tingkat pelaburan luar negara Perdagangan LNG Malaysia dijangka terus berkembang susulan Petronas tingkat pelaburan luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721374811_LNG.jpg)
Perdagangan LNG Malaysia dijangka terus berkembang susulan Petronas tingkat pelaburan luar negara
BMI menjangka perniagaan perdagangan LNG Malaysia terus berkembang susulan Petronas berusaha meningkatkan portfolio LNG di peringkat global.