awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia diseru terus lantang kecam tindakan Israel - Duta Palestin

Fareez Azman
Fareez Azman
13/04/2023
08:30 MYT
Malaysia diseru terus lantang kecam tindakan Israel - Duta Palestin
Walid Abu Ali berkata desakan berterusan daripada Malaysia serta rantau ini amat penting dalam usaha menghentikan keganasan rejim itu terhadap penduduk Palestin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia diseru supaya terus lantang bersuara dan menggunakan pengaruh dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada rejim Zionis Israel.
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata desakan berterusan daripada Malaysia serta rantau ini amat penting dalam usaha menghentikan keganasan rejim itu terhadap penduduk Palestin.
"Malaysia boleh memainkan peranan di peringkat serantau dan antarabangsa. Malaysia boleh mempengaruhi banyak negara Asia di rantau ini, untuk menunjukkan sokongan dan solidariti mereka kepada Palestin.
"Melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sentiasa bercakap dengan lantang dan jelas mengenai sokongan mereka kepada perjuangan Palestin," jelasnya dalam sidang media di ibu negara pada Khamis.
Jelasnya, tindakan Zionis terhadap Palestin perlu dikecam secara berterusan oleh dunia.
Malah tekanan berterusan oleh negara-negara Asia boleh meningkatkan sokongan kepada pengiktirafan Palestin sebagai negara berdaulat serta lebih banyak perwakilan Palestin di negara-negara lain.
"Kami sebagai rakyat Palestin ingin bertanya, jika komuniti antarabangsa berjaya mengenakan sekatan terhadap Rusia berhubung apa yang berlaku di Ukraine, mengapa selama tujuh dekad, mereka tidak pernah serius untuk mengambil tindakan terhadap Israel?
"Jadi menjadi tanggungjawab mereka yang bersekutu dengan Israel, kepada mereka yang menyokong Israel untuk menghentikan ketidakadilan, dan bersikap adil kepada Palestin dan menganggap rakyat Palestin sebagai mangsa.
"Kami mahu komuniti antarabangsa memainkan peranan positif dalam melayani kami sama rata seperti negara lain," tegasnya lagi.
Sejak Januari 2023, kira-kira 100 penduduk Palestin terbunuh dalam beberapa episod keganasan rejim Zionis di Masjid Al-Aqsa.
Terbaharu rejim Zionis Israel bertindak biadap dengan menghalang penduduk Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa.
Lebih kejam, rejim itu turut memutuskan bekalan elektrik sebagai tindakan sabotaj terhadap jemaah di dalam kiblat pertama umat Islam itu.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Palestin
#Masjid Al-Aqsa
#Duta Palestin ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan