PUTRAJAYA: Malaysia menggesa negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya tidak memberikan dana atau bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada pembiayaan ketenteraannya dan pendudukan haram di Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian sebagai respons kepada perjuangan rakyat Palestin dalam ucapannya di Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar D-8 di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya pada Ahad berkata Mohamad yang menegaskan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin telah menekankan tiga lagi perkara pada mesyuarat itu iaitu menggesa D-8 secara sebulat suara menyokong gencatan senjata yang kekal dan berkesan di Gaza, meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat serta tanpa halangan kepada penduduk Palestin, selain mengadakan kerjasama antara D-8 dan Palestin secara rasmi.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Malaysia dan negara anggota D-8 yang lain telah bersama-sama menyatakan solidariti dan sokongan jitu kepada perjuangan rakyat Palestin, sebagaimana yang digariskan dalam Deklarasi Mesyuarat Tergempar itu yang telah diluluskan.
"Malaysia dan negara anggota D-8 yang lain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza dan keseluruhan Wilayah Palestin yang diduduki.
Deklarasi itu juga menuntut satu gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat, selain menyokong segala usaha untuk memperkasakan ekonomi Palestin serta membina semula Gaza berikutan pengunduran tentera Israel," katanya.
Sewaktu kunjungannya ke Turkiye, Mohamad juga melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Hakan Fidan.
"Pertemuan yang berlangsung antara kedua-dua menteri itu berkisar mengenai pelbagai isu antarabangsa, serantau dan dua hala yang menyentuh kepentingan bersama, terutamanya situasi di Gaza.
Beliau juga bertukar-tukar pandangannya dengan Fidan mengenai bagaimana D-8 mampu meningkatkan usaha untuk mencari penyelesaian kepada penderitaan yang dialami rakyat Palestin, kata Wisma Putra.
Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat tergempar itu merupakan sebahagian daripada usaha-usaha berterusan negara di pelbagai platform untuk menyokong Palestin dan mencari jalan menamatkan kekejaman Israel di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024
Mohamad menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. - Gambar fail
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.