Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan setiausaha agungnya supaya tegas dalam melaksanakan mandat, tanggungjawab dan komitmennya bagi mencari penyelesaian dan keamanan berkekalan untuk Palestin.
Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke PBB Raja Reza Raja Zaib Shah berkata Malaysia mengesahkan sokongan penuhnya untuk memberi hak yang sah kepada rakyat Palestin bagi mendapatkan negara Palestin berdaulat.
"Sejak Oktober 2015, lebih daripada 1,520 rakyat Palestin, dengan 60 peratus daripadanya kanak-kanak, telah ditahan oleh tentera Israel. Di Timur Baitulmuqqadis, seramai 110 kanak-kanak ditahan yang meningkat 56 peratus berbanding pada suku tahun sebelumnya.
"Kita perlu segera meredakan dan menghentikan gelombang keganasan yang berlaku kini bagi mengelak lebih banyak nyawa terkorban, selain menolak keganasan peneroka Israel, penggunaan tahanan pentadbiran yang diperbaharui terutamanya terhadap kanak-kanak, penempatan paksaan kepada penduduk Palestin, dan eksploitasi sumber asli di tanah Palestin.
" ... Malaysia akan terus mendesak supaya ditarik balik sekatan ke atas Gaza, dan menghentikan hukuman tidak berperikemanusiaan oleh Israel terhadap penduduk Gaza," katanya dalam kenyataan pada Mesyuarat Pleno Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung PBB di New York, pada 24 Nov lepas.
Raja Reza berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serbuan tentera Israel di sekolah dan hospital yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan jelas tidak menghormati Konvensyen Keempat Geneva bagi perlindungan dan menghormati hospital awam oleh pihak terbabit dalam konflik.
"Kami menggesa siasatan segera dilakukan terhadap penemuan Amnesty International mengenai pembunuhan yang sengaja dilakukan, yang dilaksanakan atas perintah kerajaan atau pegawai tentera yang sememangnya dilarang dan dianggap penjenayah oleh undang-udang antarabangsa," katanya.
Menurutnya, Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi, hasutan dan keganasan di tanah suci bandar lama Baitulmuqqadis oleh semua pihak, kerana ia hanya mencetuskan lagi ketegangan dan memburukkan keadaan keselamatan di sana.
Selain itu, Malaysia turut mengutuk tindakan Israel yang terus memperluas penempatan haram dan merobohkan bangunan di tanah Palestin termasuk di Timur Baitulmuqqadis, yang merupakan tindakan yang dilarang mengikut undang-undang antarabangsa, yang terus mengancam usaha penyelesaian kedua-dua negara.
Raja Reza juga mengulangi pesanan perpaduan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil berkata Malaysia bersama-sama dengan penduduk Palestin dan komited untuk menjalinkan kerjasama dengan negara yang mempunyai pendirian sama ke arah menangani punca konflik itu.
Bernama
Thu Nov 26 2015
Malaysia turut mengutuk tindakan Israel yang terus memperluas penempatan haram dan merobohkan bangunan di tanah Palestin termasuk di Timur Baitulmuqqadis, yang merupakan tindakan yang dilarang mengikut undang-undang antarabangsa. - Gambar Fail
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Tiada penutupan ruang udara setakat ini - CAAM
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Slogan pro-Palestin dan anti polis dilaungkan di Berlin
Demonstrasi aman sempena Hari Pekerja di Berlin pada Selasa diselingkan dengan jeritan slogan pro-Palestin dan anti polis.
Ribuan penunjuk perasaan banjiri ibu kota di Amerika Latin
Hari Pekerja Antarabangsa di kawasan Amerika Latin pada Rabu menyaksikan ribuan pekerja berhimpun di ibu kota utama untuk meneruskan perjuangan menuntut hak buruh dan tempatan.
Bendera Palestin diturunkan di New York
Rakaman saksi yang dikeluarkan pada Rabu memaparkan pegawai Jabatan Polis New York menanggalkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Amerika di City College, New York.
Papagomo didakwa hari ini, kenyataan mengaib Agong
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, pada Khamis kerana membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Jawatankuasa kaji paras kenaikan gaji penjawat awam
Perlu ada satu jawatankuasa seperti mana di sektor swasta bagi mengkaji secara menyeluruh skim gaji penjawat awam secara khusus, walaupun terdapat kenaikan setiap tahun.
Individu disenarai hitam dilarang mengajar tahfiz
Tegas Mohd Naim, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jakim pada 2019.
Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas kenaikan tersebut disebut sebagai tertinggi dalam sejarah, namun ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2007.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy
Keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India.
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.
19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina.