awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2024
07:45 MYT
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Sebelum ini Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd dilapor mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025. - Gambar fail
ALOR SETAR: Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, pembatalan itu membabitkan kenaikan kadar tambang yang ditetapkan bagi warganegara Malaysia.
Bagaimanapun, jelasnya, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan.
"Atas nasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah, maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.
"Bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
BACA: Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
Sebelum ini Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd dilapor mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Kenaikan itu adalah di antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan.
Media kemudian melaporkan Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya berasa kesal dengan tindakan terburu-buru yang diambil oleh pengusaha feri Langkawi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kenaikan tambang feri
#Langkawi
#harga baharu
#batal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan