awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa pembahagian tanggungjawab tangani isu pelarian Rohingya

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2020
05:51 MYT
Malaysia gesa pembahagian tanggungjawab tangani isu pelarian Rohingya
Malaysia meminta pembahagian beban dan tanggungjawab sama rata, seperti mana yang digariskan dalam Global Compact for Refugees (GCR) untuk menyelesaikan isu pelarian Rohingya. -Bernama
KUALA LUMPUR:Malaysia tidak lagi dapat membuka pintu untuk lebih banyak pelarian Rohingya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana sumber dan kemampuan negara semakin terhad, terutama ketika pandemik COVID-19 melanda.
"Oleh itu, Malaysia meminta pembahagian beban dan tanggungjawab sama rata, seperti mana yang digariskan dalam Global Compact for Refugees (GCR) untuk menyelesaikan isu pelarian Rohingya," kata beliau dalam kenyataan intervensi Sidang Kemuncak ASEAN ke-11, hari ini.
Malaysia juga menyokong inisiatif Sokongan terhadap Rayuan Setiausaha Agung PBB untuk Gencatan Senjata Global ketika pandemik COVID-19 dan berharap ia dapat menyumbang ke arah menamatkan permusuhan dan mencapai keamanan yang berterusan di seluruh dunia.
Dalam pada itu, Malaysia juga mengalu-alukan Pelan Tindakan Setiausaha Jeneral PBB untuk Mencegah Ekstremisme Kekerasan (PVE) yang memfokuskan pada elemen pencegahan, pendekatan yang sudah dipraktikkan oleh Malaysia.
Bagi isu Palestin pula, Malaysia masih berpegang pada prinsip yang sama.
"Malaysia menyeru PBB dan masyarakat antarabangsa untuk berusaha dan melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin yang tertindas," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Rohingya
#ASEAN
#pandemik
#COVID-19
#PBB
#Palestin
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan