Skip to main content

Politik

Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan

41554882936_DatukSeriAzminAli.jpg
Azmin tegaskan uduhan tersebut tidak berasas, malah bertentangan dengan perlembagaan parti.

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan yang mengatakan empat Bahagian parti itu iaitu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas, malah bertentangan dengan perlembagaan parti.

Advertisement

“Ibu pejabat menerima laporan beberapa pautan di media sosial dan kenyataan media melaporkan Bersatu Bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan ekoran peletakan jawatan beberapa orang ahli jawatankuasa bahagian.

“Perlembagaan parti tidak memperuntukkan kuasa kepada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian untuk membubarkan bahagian. Ini adalah tindakan terdesak segelintir individu yang berniat jahat untuk merosakkan imej dan maruah serta menggugat kestabilan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung pada 14 Februari lalu telah memutuskan agar Badan Pimpinan Negeri diberi tanggungjawab memantau semua bahagian dan merangka langkah sewajarnya untuk memulihkan mana-mana bahagian yang menghadapi masalah.

Langkah tersebut, katanya, adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kedudukan parti di setiap peringkat organisasi.

Tambahnya, Bersatu kini semakin matang dan kukuh serta bersedia melangkah ke hadapan dengan semangat baharu demi memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia.

Must Watch Video