awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia harap Aeroflot adakan penerbangan terus Rusia-Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
23/04/2022
10:02 MYT
Malaysia harap Aeroflot adakan penerbangan terus Rusia-Kuala Lumpur
Malaysia berharap Aeroflot akan mengadakan perkhidmatan penerbangan terus ke Kuala Lumpur tidak lama lagi. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Duta Malaysia ke Rusia Datuk Bala Chandran Tharman berharap syarikat penerbangan utama Rusia Aeroflot akan mengadakan penerbangan terus antara St. Petersburg atau Moscow dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
"Perkara itu sedang dibincangkan dalam suruhanjaya bersama Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan.
"Ia ada dalam agenda. Sebagai duta, saya sangat berharap Aeroflot akan dapat mengadakan perkhidmatan penerbangan terus ke Kuala Lumpur tidak lama lagi," katanya lapor Sputnik.
Dalam perkembangan lain, Bala Chandran percaya Malaysia akan mempertimbang peluang untuk menjual semikonduktor dan elektronik kepada Rusia.
"Industri Malaysia berorientasikan pasaran dan saya benar-benar yakin bahawa sebarang permintaan daripada pihak Rusia berkenaan produk tersebut akan dipertimbangkan," katanya.
Menurut duta itu, Malaysia adalah antara pengeksport semikonduktor terbesar di dunia.
Rusia mungkin menghadapi defisit semikonduktor berikutan sekatan besar-besaran ke atas operasi ketenteraannya di Ukraine.
Taiwan, yang merupakan antara pengeluar utama semikonduktor dunia, telah menyertai kempen sekatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Aeroflot
#penerbangan ke Kuala Lumpur
#duta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan