KUALA LUMPUR:Malaysia dan Indonesia perlu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang baharu berkaitan penempatan dan perlindungan pekerja domestik Indonesia di Malaysia.
Jelas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ia bagi menyelesaikan isu keselamatan pekerja migran terutamanya sewaktu pandemik COVID-19.
"Saya menyampaikan aprisiasi penghargaan atas kerjasama perlindungan warganegara Indonesia (WNI) di Malaysia terutama (ketika) pandemik COVID-19, dan saya menitipkan warganegara Indonesia di Malaysia pada pemerintah Malaysia.
"Perlindungan pekerja migran Indonesia, saya menekankan pentingnya penyelesaian pembuatan MOU baharu mengenai penempatan dan perlindungan pekerja domestik Indonesia di Malaysia," jelasnya dalam sidang media bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jakarta pada Jumaat.
Malah tambah Jokowi, kedua-dua negara itu perlu menyelesaikan isu penempatan tenaga kerja secara bersama dengan lebih baik.
"Selain itu, dua negara perlu membangun sistem satu saluran, agar masalah penempatan tenaga kerja dapat lebih baik bagi mencegah terjadinya para pekerja menjadi korban perdagangan manusia," katanya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.
Fareez Azman
Fri Feb 05 2021

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata kedua-dua negara perlu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang baharu bagi menyelesaikan isu berbangkit berkenaan pekerja domestik. - Foto Sekretariat Presiden

SIC diarah tangguh semua kejohanan drag
KBS memaklumkan, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga pihaknya berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANIxGEMPAK | Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Betahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu berjudul Ternyata.

Operasi Automatik Jadi Pendorong Baharu Pelabuhan Tianjin
Pelabuhan Tianjin, pelabuhan terbesar di utara China dan pintu masuk maritim utama ke Beijing menerima suntikan semangat baharu dengan pelaksanaan sistem operasi automatik. Kini, kontena dari kapal kargo dianggkat secara automatik oleh kren dan diletakkan di atas trak tanpa pemandu yang boleh menavigasi pelabuhan itu dengan sendirinya.

Alam Sekitar | Air tercemar Loji Fukushima akan dilepaskan
Kerajaan Jepun meluluskan pelan untuk melepaskan lebih 1 juta tan air terawat dari Loji Nuklear Fukushima ke laut. Langkah tersebut mencetuskan bantahan dalam kalangan komuniti nelayan Jepun, selain daripada China dan Korea Selatan.

Ramadan | Rindu kampung halaman, realiti warga kota
Setiap kali memasuki bulan Ramadan, rata-rata masyarakat mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang. Namun dua tahun berlalu, rentas negeri masih dikuatkuasakan ekoran pandemik COVID-19.

China Promosi Hubei Secara Global
Kementerian Luar China menganjurkan promosi global khas untuk memperkenalkan Wilayah Hubei kepada dunia luar bertemakan "Heroic Hubei: Reborn for New Glories" di Beijing pada Isnin. Menurut kementerian itu, ia merupakan acara utama yang dirancang untuk kembali meningkat dan menghidupkan pertukaran serta kerjasama antara wilayah di tengah China itu dengan seluruh dunia.

Perkembangan COVID-19 di Malaysia (13 April 2021)

Bazar Ramadan | 2,500 peniaga bakal terima sagu hati
Lebih 2,000 peniaga terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian sagu hati kepada para peniaga.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M
Dr Mahathir kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baru kepada Najib.

Tulisan jawi identiti negara, perlu dipertahan dan diperkasa - PM Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi diperkasakan kembali.

Sarawak Memilih: Kenyataan Zuraida timbulkan keraguan - Abdul Karim
Naib Presiden PBB, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa calon yang akan bertanding dalam PRN12 di Sarawak hanya terdiri daripada pemimpin komponen GPS.

PM Muhyiddin umum peruntukan RM4 juta untuk penganut Sikh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk penganut agama Sikh tahun ini bagi memperkukuh komuniti itu di negara ini.

PKS perlu manfaatkan sebaiknya #SayaDigital
Peluang tersebut harus digunakan sebaiknya dalam meningkatkan perniagaan mereka.

#SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital
Program #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menjadi kesinambungan daripada inisiatif MyDigital bagi mempercepat pertumbuhan masyarakat celik digital di negara ini.

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

PM lancar Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM
Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM merupakan Rangka Tindakan (Blueprint) ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerusi penyedia perkhidmatan terurus TM.

Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber bolehkan kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar
Perkhidmatan berkenaan akan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh.

Peranan JKM terus diperkasa
Antara inisiatif itu termasuk penstrukturan semula JKM dan pemberian elaun khas kepada warga kerja yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan OKU.