awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk keras serangan bom di Istanbul - PM

Bernama
Bernama
15/11/2022
05:55 MYT
Malaysia kutuk keras serangan bom di Istanbul - PM
Ismail Sabri berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama Turkiye dalam usaha untuk membendung sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah dalam insiden letupan di Istanbul, Turkiye pada Ahad lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama Turkiye dalam usaha untuk membendung sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan takziah atas insiden letupan yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan di Istiklal Street, Taksim, Istanbul pada 13 Nov.
"Semoga Allah SWT melindungi dan memelihara Republik Turkiye dan rakyatnya dari segala ancaman yang akan menjejaskan keamanan dan kestabilan dalam negara," kata beliau menerusi catatan di laman Facebook.
Letupan di Istanbul | Suspek mengaku perisik, terima arahan serangan
Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi salinan surat yang diutuskan beliau kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Agensi berita Turkiye, Anadolu Agency (AA) melaporkan enam maut dan 81 cedera dalam insiden itu.
Letupan | Empat maut, 38 cedera dalam letupan di Istiklal Avenue
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom Istanbul
#Malaysia kutuk
#serangan pengganas
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan