MOSCOW: Risiko kesihatan awam akibat hantavirus, yang kesnya dikenal pasti dalam kalangan penumpang sebuah kapal persiaran di Lautan Atlantik, dianggap rendah pada peringkat semasa, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu.
“Pada peringkat ini, risiko keseluruhan terhadap kesihatan awam kekal rendah,” kata Ghebreyesus di platform X, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Terdahulu pada hari yang sama, WHO memaklumkan bahawa strain Andes hantavirus dikesan di kapal persiaran di Atlantik, dengan diagnosis disahkan melalui ujian yang dijalankan di institut di Afrika Selatan dan Switzerland.
Jumlah keseluruhan jangkitan yang disahkan meningkat kepada lapan selepas satu lagi kes dikenal pasti melibatkan seorang pesakit yang pulang ke Switzerland. Tiga daripada mereka dilaporkan meninggal dunia.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI