awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan Israel ke atas dua sekolah seliaan PBB di Gaza

Bernama
Bernama
05/08/2024
15:07 MYT
Malaysia kutuk serangan Israel ke atas dua sekolah seliaan PBB di Gaza
Kementerian Luar Negeri Malaysia berkata "serangan biadab" itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 30 orang awam, yang majoritinya kanak-kanak dan ramai lagi yang tercedera. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terkini oleh rejim Zionis Israel yang menyasarkan dua sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu sekolah Hassan Salama dan al-Nasr di Gaza.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Ogos), Kementerian Luar Negeri Malaysia berkata "serangan biadab" itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 30 orang awam, yang majoritinya kanak-kanak dan ramai lagi yang tercedera.
Menurut kementerian itu, Malaysia menuntut tindak balas yang lebih konkrit dan berkesan daripada masyarakat antarabangsa, khususnya mereka yang memperjuangkan peraturan perintah antarabangsa, terhadap rejim Zionis Israel yang masih dan terus bertekad untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan dan memusnahkan Gaza.
Ia menambah bahawa rejim Zionis Israel jelas menunjukkan kepada dunia "keangkuhannya" dengan mengabaikan seruan antarabangsa bagi gencatan senjata seperti yang digariskan dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2024) dan untuk menghormati semua undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan antarabangsa serta hak asasi manusia.
"Malaysia akan terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap perjuangan Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
"Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara yang sepemikiran untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#rejim Zionis
#Palestin
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan