awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Maldives sepakat kukuh sektor pelaburan, pelancongan

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
28/04/2025
04:30 MYT
Malaysia-Maldives sepakat kukuh sektor pelaburan, pelancongan
Presiden Maldives, Mohamed Muizzu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra di sini pada Isnin. - Gambar/ PMO
PUTRAJAYA: Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pelaburan dan pelancongan kedua-dua negara seiring hubungan diplomatik yang terjalin sejak 57 tahun lalu.
Kenyataan itu menyusul hasil lawatan rasmi empat hari Presiden Maldives, Mohamed Muizzu yang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra di sini pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin memperakui potensi negara masing-masing selain menyatakan keyakinan terhadap pertumbuhan nilai perdagangan, pelancongan dan aktiviti pelaburan secara berterusan.
Pada masa sama, Muizzu turut mengundang pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan yang luas di Maldives, selain menggalakkan kerjasama merangkumi pelbagai sektor strategik.
"Memperakui kepentingan sektor pelancongan, kedua-dua pemimpin bersetuju mengambil peluang Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi meningkatkan kemasukan pelancong dari dua negara itu terutama bagi sektor pelancongan halal dan mesra-Muslim.
"Mengambil maklum peningkatan keyakinan pengguna terhadap proses serta pertumbuhan global terhadap produk dan perkhidmatan halal yang lebih baik, Anwar turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran Malaysia dalam industri halal," memetik kenyataan bersama tersebut.
Langkah ini dijangka dapat mengeratkan hubungan dua hala dan membantu pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan mampan melibatkan kedua-dua negara.
Antara perkara yang menjadi tumpuan dalam pertemuan dua pemimpin itu termasuk memperkukuh Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), hubungan antara rakyat menerusi institusi pengajian tinggi, selain bersetuju mempromosi keamanan, kestabilan dan kemajuan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Presiden Maldives
#Malaysia
#Maldives
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan