awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sumbang AS$1 juta kepada Palestin - Hishammuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/06/2021
05:13 MYT
Malaysia sumbang AS$1 juta kepada Palestin - Hishammuddin
Hishammuddin (kanan) dan rakan sejawatnya dari Palestin, Dr Riad Malki mengadakan Mesyuarat Dua Hala di Antalya, Turki seiring lawatan kerja beliau ke negara itu. - Foto Pejabat Menteri Luar
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju menyumbang lebih AS$1 juta kepada kerajaan Palestin sebagai bukti sokongan serta keprihatinan Malaysia yang berterusan terhadap pembangunan negara itu.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Dua Hala bersama rakan sejawatnya, Dr Riad Malki di Antalya, Turki hari ini.
"Sumbangan ini bertujuan membantu Palestin membina semula fasiliti ujian COVID-19 di Gaza yang telah musnah akibat dibom semasa serangan bulan lepas.
"Selain Malaysia, saya juga mencadangkan agar negara-negara yang berkongsi tekad yang sama tampil menyokong dan menggerakkan bantuan untuk Palestin - cadangan ini disambut baik oleh Dr Riad," katanya.
Dalam pertemuan itu, Hishammuddin menyifatkan perbincangan yang berlangsung itu amat bermakna di mana Dr Riad menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan serta sokongan kerajaan Malaysia kepada Palestin sejak sekian lama.
Pada masa sama, Dr Riad turut memuji pendirian Malaysia yang tidak pernah berbelah bahagi dan menyatakan Palestin sentiasa boleh bergantung harap pada sokongan Malaysia.
"Selain itu, Dr. Riad turut berkongsi mengenai perkembangan terkini di Palestin dengan memaklumkan bahawa Palestin masih terpaksa berdepan serangan dan kekejaman yang berterusan daripada pihak Israel.
"Bagi pihak Malaysia, saya menyambut baik penghargaan yang disampaikan oleh Dr Riad seterusnya berkongsi bahawa fokus kerajaan Malaysia sekarang ialah melaksanakan usaha bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin serta membangunkan semula Gaza melalui usaha sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," ujarnya.
Pada pertemuan tersebut, Hishammuddin turut sekali lagi menyuarakan pendirian tegas Malaysia dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin serta akan terus mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel terhadap Palestin.
Malah, beliau akan membincangkan perkara sama sewaktu bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry.
Hishammuddin kini dalam rangka lawatan kerja ke Turki dan Mesir bermula 18 Jun hingga 21 Jun ini.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Palestin
#COVID-19
#Gaza
#Turki
#Dr Riad Malki
#sumbangan Palestin
#bantu Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan