awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tayang filem aksi "Takluk: Lahad Datu" di Festival Filem Antarabangsa Dili

Bernama
Bernama
30/09/2025
05:45 MYT
Malaysia tayang filem aksi "Takluk: Lahad Datu" di Festival Filem Antarabangsa Dili
Kedutaan Malaysia di Dili berkata tayangan filem selama 120 minit itu yang berlangsung di Platinum Cineplex di Timor Plaza, menarik kehadiran kira-kira 170 penonton. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mengukuhkan lagi hubungan kebudayaan yang sedia erat dengan Timor-Leste menerusi tayangan filem aksi Takluk: Lahad Datu di Festival Filem Antarabangsa Dili ke-7 yang sedang berlangsung di ibu kota negara itu.

Ringkasan AI
  • Malaysia menayangkan filem aksi Takluk: Lahad Datu arahan Zulkarnaen Azhar di Festival Filem Antarabangsa Dili ke-7 sebagai usaha diplomasi budaya dan mengukuhkan hubungan kebudayaan dengan Timor-Leste.
  • Tayangan selama 120 minit di Platinum Cineplex, Timor Plaza menarik kira-kira 170 penonton dan menampilkan keberanian pasukan keselamatan negara dalam tragedi Lahad Datu 2013.
  • Festival berlangsung dari 26 September hingga 12 Oktober dengan lebih 70 filem ditayangkan; tahun lalu Kedutaan Malaysia turut menyertai dengan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang mendapat sambutan hangat.

Dalam satu kenyataan di sini, Kedutaan Malaysia di Dili berkata tayangan filem selama 120 minit itu yang berlangsung di Platinum Cineplex di Timor Plaza, menarik kehadiran kira-kira 170 penonton.
Filem arahan Zulkarnaen Azhar itu diinspirasikan daripada tragedi serangan pengganas di Lahad Datu pada 2013 dan menonjolkan keberanian pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan sempadan negara.
"Kerjasama kedutaan dengan DIFF ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam diplomasi budaya, mempamerkan kerancakan industri filem Malaysia sambil memupuk persefahaman bersama serta merapatkan lagi hubungan Malaysia dan Timor-Leste," kata kedutaan itu.
Edisi ketujuh DIFF berlangsung dari 26 Sept hingga 12 Okt depan, menampilkan lebih 70 buah filem, dan pada tahun lepas Kedutaan Malaysia menayangkan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang menerima sambutan hangat daripada penonton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Timor-Leste
#festival filem
#Takluk Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan