KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta menegaskan Israel mesti bertanggungjawab atas pertumpahan darah yang tidak berkesudahan dan kemusnahan di Gaza.
Ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi ke-55 Sesi Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada Selasa, Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Mohamad Alamin memberitahu sesi peringkat tinggi bahawa mereka yang memilih untuk pertumpahan darah dilanjutkan adalah bersubahat dalam kekejaman Israel.
"Paling tidak yang boleh kita lakukan ialah memastikan Majlis memenuhi mandatnya. Berdiam diri, tidak bertindak dan layanan istimewa daripada Majlis juga mencerminkan persekongkolan!" katanya.
Mohamad berkongsi pengalamannya menyaksikan situasi sebenar dengan menyatakan Israel telah mengebom Gaza hingga musnah sepenuhnya manakala Rafah turut menerima nasib sama.
"Saya berada di sana pada 23 Februari dan secara peribadi menyaksikan kemusnahan kemanusiaan yang menyayat hati di sempadan Rafah-Gaza. Mangsa hanya bertahan hidup, dalam apa yang kelihatan seperti mimpi ngeri yang tidak berkesudahan," katanya.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia akan berdiri bersama mereka yang ditindas dan mengutuk kekejaman sambil memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan manusia.
"Malaysia tidak akan mengalah sehingga keadilan ditegakkan, impunity (tidak dikenakan sebarang hukuman) dimansuhkan dan Palestin memperoleh kerusi yang sah sebagai Negara Anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Timbalan Menteri itu berkata bahawa Malaysia terkejut dengan tindakan sengaja menyinggung perasaan, tidak hormat dan provokatif termasuk insiden pembakaran Al-Quran yang terus menyemarakkan kebencian dan keganasan terhadap umat Islam.
Ini merupakan manifestasi maut tindakan Islamofobia yang telah meningkat secara berbahaya kepada "perkadaran wabak".
"Pelantikan Duta Khas Setiausaha Agung PBB sebagai mekanisme pelengkap untuk menangani musibah ini adalah lebih mendesak berbanding sebelum ini dan wajar mendapat pengesahan Majlis," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad turut menekankan bahawa Malaysia kini menjadi tuan rumah kepada pelarian dan pencari suaka Rohingya terbesar di Asia Tenggara iaitu 186,000 setakat ini.
"Bagaimanapun, kami kecewa kerana kritikan dan penelitian nampaknya lebih diutamakan berbanding kerjasama tulen dalam perkongsian beban dan tanggungjawab.
"Bagi menangani cabaran ini, kami mengulangi gesaan agar masyarakat antarabangsa membantu Malaysia menempatkan semula mereka ke negara ketiga dengan kadar segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Mohamad menegaskan Malaysia akan berdiri bersama mereka yang ditindas dan mengutuk kekejaman sambil memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan manusia. - Gambar Wisma Putra
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.